Family Viral

[VIDEO] “Mak Memang Macam Ni, Pujuklah”-Netizen Terhibur Ragam Budak Kuat Drama

[VIDEO] “Mak Memang Macam Ni, Pujuklah”-Netizen Terhibur Ragam Budak Kuat Drama

Sharing is caring!

Anak bongsu sering dikaitkan dengan sifat manja mereka yang melebih-lebih. Terkadang adik-beradik yang lain merasa geram dengan aksi manja mereka, lebih-lebih lagi apabila bersama ibu bapa tercinta. Samalah seperti seorang kanak-kanak perempuan ini yang tak kurang hebatnya apabila berjaya ‘berdrama’ meraih simpati ibunya saat diberi teguran sebelum tular di laman Twitter. 


BACA: [VIDEO] Viral Tulis Surat, Budak Rayu Rumah Ibadah Lebih Mesra Kanak-Kanak

Why mak buat anak mak camni?

Video celoteh kanak-kanak tersebut telah dimuat naik oleh kakaknya, Dahlia Rizal hingga akhirnya mencuri perhatian ramai. Kanak-kanak yang bernama Nur Hafizah Zahrah atau mesra dipanggil adik Pija itu dilihat merajuk dengan ibunya selepas kononnya tiada ucapan sayang dan selamat malam diucapkan untuknya. Walau bagaimanapun, si ibu bertindak turut merajuk dan bertanyakan jika dia hendak bertukar kepada ibu yang baru. Kecewa dengan kenyataan tersebut, budak kecil itu meminta wanita berkenaan untuk memujuknya sekali lagi sehingga dia berpuas hati.


https://twitter.com/DahliaRizal/status/1206880774504321024?s=20

[VIDEO] “Mak Memang Macam Ni, Pujuklah”-Netizen Terhibur Ragam Budak Kuat Drama [VIDEO] “Mak Memang Macam Ni, Pujuklah”-Netizen Terhibur Ragam Budak Kuat Drama

Betul lah orang kata perempuan memang complicated


Perbualan kanak-kanak tersebut bersama ibunya telah mendapat jumlah tontonan lebih 148,000 kali beserta 5,800 retweets. Rata-rata netizen dilihat sangat terhibur mendengar celoteh kanak-kanak itu yang disifatkan mereka ‘panjang akal’ dan juga ‘drama queen’. Malah ada yang turut memuji aksi pujuk-memujuk itu yang dikatakan sangat comel.


[VIDEO] “Mak Memang Macam Ni, Pujuklah”-Netizen Terhibur Ragam Budak Kuat Drama [VIDEO] “Mak Memang Macam Ni, Pujuklah”-Netizen Terhibur Ragam Budak Kuat Drama [VIDEO] “Mak Memang Macam Ni, Pujuklah”-Netizen Terhibur Ragam Budak Kuat Drama

 

 

 

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!