Viral

[VIDEO] Mak Rancak Menyembang Masa Raya, Anak Naik Bosan Sampai Ternganga Tidur

[VIDEO] Mak Rancak Menyembang Masa Raya, Anak Naik Bosan Sampai Ternganga Tidur

Sharing is caring!

Menyambut Aidilfitri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pastinya banyak perkara dan cerita mahu dikongsi bersama saudara-mara. Apa lagi kerajaan hanya membenarkan aktiviti ziarah melibatkan ahli keluarga terdekat tanpa rentas negeri dilakukan pada 1 Syawal sahaja.

BACA : Tak Tahan Rindu, Pemuda Tekad Ke Rumah Orang Tua ‘Pinjam’ Mak Ayah Untuk Beraya


Bila mak kau rancak borak..

Maka peluang yang ada itu pastinya direbut sebaik-baiknya. Seperti rakaman video yang tular baru-baru ini, memaparkan gelagat seorang ibu rancak berbual bersama saudaranya ternyata menarik perhatian netizen. Mana tidaknya sedang si ibu rancak ‘membawang’, anak bujangnya yang duduk bersebelahan di sofa pula terlena dibuai mimpi. Insiden itu telah dirakam oleh seorang lagi anaknya bernama Sham Rashid sebelum dikongsi menerusi entri Instagramnya.

[VIDEO] Mak Rancak Menyembang Masa Raya, Anak Naik Bosan Sampai Ternganga Tidur

[VIDEO] Mak Rancak Menyembang Masa Raya, Anak Naik Bosan Sampai Ternganga Tidur

Macam tulah cikgu bila tengah mengajar kami..

Mengulas mengenai insiden tersebut, wanita berkenaan iaitu Normalah Doraman memaklumkan bahawa dia sendiri tidak menyangka klip video yang memaparkan gelagatnya berbual bersama ahli keluarga di rumah mentuanya itu menjadi tular. Malahan perkara tersebut hanya disedari selepas dimaklumkan oleh anak muridnya.


[VIDEO] Mak Rancak Menyembang Masa Raya, Anak Naik Bosan Sampai Ternganga Tidur

[VIDEO] Mak Rancak Menyembang Masa Raya, Anak Naik Bosan Sampai Ternganga Tidur

Dia tertidur sebab terlalu kenyang tu..

Mengimbas kembali video lucu pada 1 Syawal itu, ibu kepada lima orang cahaya mata ini memaklumkan ketika dirakam dia sedang bercerita mengenai pengalamannya semasa terlibat dalam nahas jalan raya. Bagaimanapun, dia sempat berseloroh bahawa anak keduanya itu terlelap barangkali kekenyangan selepas menikmati juadah hari raya.

[VIDEO] Mak Rancak Menyembang Masa Raya, Anak Naik Bosan Sampai Ternganga Tidur

[VIDEO] Mak Rancak Menyembang Masa Raya, Anak Naik Bosan Sampai Ternganga Tidur

Sumber : Instagram shamrashidd, mStar


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!