Family Viral

[VIDEO] Makanan Suami Pun Dibuat ‘Harta Sendiri’, Ragam Ibu Hamil Ni Lucu Habis

[VIDEO] Makanan Suami Pun Dibuat ‘Harta Sendiri’, Ragam Ibu Hamil Ni Lucu Habis

Sharing is caring!

Disahkan hamil anak pertama tentunya menjadi berita yang paling ditunggu-tunggu bagi setiap individu yang baru mendirikan rumah tangga. Dan antara perkara yang selalu dikaitkan dengan para ibu adalah ketagihan terhadap makanan. Malah apabila ‘mak yong’ sebut teringin sesuatu makanan, orang sekeliling mudah saja rasa kasihan dan akan memenuhi permintaan mereka yang sedang berbadan dua itu. Beruntung sungguh.

BACA: Tak Suka Isteri Hamil Susah, Lihat Cara Lelaki Ini Berikan Layanan First Class

Mula-mula kata nak segigit…sudahnya dia tak bagi balik

Samalah juga perihalnya dengan sebuah video yang tular di laman Twitter baru-baru ini. Menurut perkongsian yang dibuat oleh lelaki bernama Hakeem ini, dia tidak menyangka bahawa isterinya ‘merampas’ kek roti yang selepas terlihat dia menjamah makanan tersebut. Malah mereka baru sahaja selesai makan tengah hari ketika itu.

[VIDEO] Makanan Suami Pun Dibuat ‘Harta Sendiri’, Ragam Ibu Hamil Ni Lucu Habis


https://twitter.com/thenameshakeem/status/1186880400611672064

Dah la suka guna perut jadi meja..

Di samping mengalah dengan kehendak isteri tercintanya itu, bapa muda ini turut menyindir perilakunya yang seakan-akan menggunakan perut sebagai ‘alas’ untuk meletakkan telefon sepanjang dalam paparan video berdurasi 30 saat tersebut. Wanita itu kemudiannya ketawa terbahak-bahak sejurus terdengar kata-kata itu selain menyedari gelagatnya dirakam.

[VIDEO] Makanan Suami Pun Dibuat ‘Harta Sendiri’, Ragam Ibu Hamil Ni Lucu Habis

Comelnya ‘nak segigit’…mula lah berangan nak ada suami

Sejak dimuat naik pada Rabu lepas, video tersebut telah diulangkicau lebih 12 ribu kali serta meraih 267 ribu tontonan setakat ini. Sementara itu, rata-rata netizen turut menyatakan rasa terhibur melihat telatah yang dipamerkan suami isteri ini hingga menyebabkan mereka teruja untuk mendirikan rumah tangga secepat mungkin juga.


[VIDEO] Makanan Suami Pun Dibuat ‘Harta Sendiri’, Ragam Ibu Hamil Ni Lucu Habis

[VIDEO] Makanan Suami Pun Dibuat ‘Harta Sendiri’, Ragam Ibu Hamil Ni Lucu Habis

Sumber: Twitter thenameshakeem


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!