[VIDEO] Malang Si Baby Comel, Dibuang Bawah Pokok Oleh Ibunya Begitu Saja!

Bagai tiada penghujungnya, isu pembuangan bayi yang dilihat semakin serius sejak akhir-akhir ini dan mendatangkan kerisauan yang sangat tinggi dalam masyarakat. Terbaru, seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Fauzi telah menemui seorang bayi yang masih hidup ditinggalkan di dalam sebuah beg tangan wanita, Tambah malang lagi, dia hanya ditinggalkan di bawah sepohon pokok di kawasan Larkin, Johor.

BACA: Anjing Menyalak Pelik, Rupanya Ada Bayi Hidup Ditinggal Dalam Tong Sampah!

Menerusi posting yang dibuat olehnya sebentar tadi, Fauzi berkata yang dia sememangnya sangat terkejut dengan penemuan bayi comel di kawasan yang sedemikian.

Menggigil badan jumpa baby bawah pokok!

Kesian lapar baby ni..

Mujur dia mengambil langkah pantas untuk menyelamatkannya sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Rata-rata netizen pula bersedih dengan nasib bayi yang tidak bersalah itu, selain mengecam tindakan orang yang tergamak membuangnya.

Allahuakbar rezeki kau buang2 je…

Kalau ye pun tak nak baby tu…letaklah dekat tempat yang selamat

Nasib baik tak hilang nyawa baby tu…semoga ibu bapanya insaf

Sumber: FB Ahmad Fauzi II

Apa Komen Anda?