Viral

[VIDEO] Manja Lentok Di Pangkuan Nenek Sebab Demam, Kucing Ni Buat Ramai ‘Cair’

[VIDEO] Manja Lentok Di Pangkuan Nenek Sebab Demam, Kucing Ni Buat Ramai ‘Cair’

Sharing is caring!

Kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan memiliki sifat manja sehingga membuatkan kebanyakan manusia gemar untuk memeliharanya. Walau bagaimanapun, adakalanya si ‘bulus’ ini akan berhadapan dengan masalah kesihatan yang tidak diketahui oleh kita. Kadangkala haiwan ini juga perlu diberikan perhatian serta kasih sayang daripada tuannya. Hal ini sama seperti yang dialami seorang warga emas ketika melayan ragam kucing kesayangannya.

BACA: Dah Menghilang Seminggu Baru Nak Beritahu, Lelaki Ini Kecewa Hotel Kucing Cuai

Buat muka sedih pada ‘Nanny’…Tertidur lepas badan digosok

Menerusi entri di Twitter, @hnihmdn berkongsi sebuah video yang menunjukkan kucingnya sedang duduk di pangkuan ibunya. Di samping itu, si comel dinamakan sebagai Serkam ini dilihat hanya memandang ke arah tuannya yang bertelekung ungu sambil membuat muka sedih. Walau bagaimanapun, kucing putih yang dikatakan demam ini hampir terlena selepas didakap dan diusap oleh tuannya.


Terpaksa bawa jumpa doktor…Serkam sangat aktif kalau tak demam

Melihatkan keadaan kucingnya yang lemah, gadis berkenaan bertindak membawa si comel itu pergi ke pusat veterinar untuk menerima rawatan. Sepanjang perjalanan, Serkam dilihat ‘berdiri’ sambil meninjau pemandangan di luar tingkap kereta. Di samping itu, gadis tersebut turut berkongsi sebuah video ketika kucing peliharaannya yang aktif semasa berada dalam keadaan sihat.

 

Sama dengan kucing sendiri…Kalau demam mesti nak ‘melekat’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji kecomelan dan mendoakan agar Serkam segera sembuh. Di samping itu, mereka juga berkongsi pengalaman yang sama tentang ragam haiwan peliharaan masing-masing. Video yang tular itu berjaya meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan.


[VIDEO] Manja Lentok Di Pangkuan Nenek Sebab Demam, Kucing Ni Buat Ramai ‘Cair’

[VIDEO] Manja Lentok Di Pangkuan Nenek Sebab Demam, Kucing Ni Buat Ramai ‘Cair’

[VIDEO] Manja Lentok Di Pangkuan Nenek Sebab Demam, Kucing Ni Buat Ramai ‘Cair’

Sumber: Twitter hnihmdn


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!