Viral

[VIDEO] Maps Bagi Jalan Pintas, Tak Memasal Lalu ‘Jambatan Halus’ Tengah Hutan

[VIDEO] Maps Bagi Jalan Pintas, Tak Memasal Lalu ‘Jambatan Halus’ Tengah Hutan

Aplikasi GPS penunjuk arah ibarat sudah menjadi satu keperluan penting pada masa kini. Tidak perlu menggunakan peta kertas secara manual atau risau tersesat lagi, setiap orang mampu sampai ke destinasi yang dituju mengikut laluan paling cepat. Namun begitu, teknologi sedemikian rupa juga boleh memberikan kita kejutan dengan menunjukkan jalan yang ‘bukan-bukan’. Seperti tragedi lucu yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ini, mungkin anda turut pernah melaluinya hal sama.

BACA : Tapi Mana Pengantin? Jurugambar Kecut Perut Lokasi Wedding Sesat Ke Tanah Kubur

Ikut ‘jalan pintas’ Google Maps terus disuruh lalu jambatan paip air

Bersama dengan beberapa orang lagi di hadapan, kumpulan sahabat ini agak terkedu selepas nekad mengambil keputusan mengikuti arah yang ditunjukkan oleh Google Maps. Sudahlah bergerak dengan menaiki motosikal, mereka juga disarankan menggunakan jalan pintas yang cukup mendebarkan iaitu ‘laluan halus’ di celah jambatan paip air dikelilingi hutan tebal. Lebih meremangkan bulu roma apabila pengguna TikTok @uncayy memalingkan kameranya ke arah air yang deras di bawah mereka.

@uncayy

jalan pintas sih jalan pintas , tapi ga gini juga 😢😭😂😂 #GoyangKelapa #googlemaps #fyp #fypシ #enaknyakemana #xyzbca

♬ Dominique Koplo – yofve squidward

Aku tengok pun dah rasa nak jatuh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak percaya dan ‘berdebar’ apabila melihat laluan paip air tersebut. Tidak ketinggalan, ada yang berkongsikan pengalaman saat dibawa menggunakan jalan pelik oleh aplikasi GPS masing-masing termasuklah ke kawasan pusara, sawah dan juga terowong jambatan.

[VIDEO] Maps Bagi Jalan Pintas, Tak Memasal Lalu ‘Jambatan Halus’ Tengah Hutan

[VIDEO] Maps Bagi Jalan Pintas, Tak Memasal Lalu ‘Jambatan Halus’ Tengah Hutan [VIDEO] Maps Bagi Jalan Pintas, Tak Memasal Lalu ‘Jambatan Halus’ Tengah Hutan

 

Sumber : TikTok uncayy

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Maps Bagi Jalan Pintas, Tak Memasal Lalu ‘Jambatan Halus’ Tengah Hutan

Facebook

Telegram

Kasut