Untuk mendapatkan sahabat yang sejati pada zaman sekarang tak ubah seperti “mencari berlian di dalam jutaan pasir di lautan”. Lebih menyedihkan sekiranya mereka hanya mahu berkawan demi kepentingan sendiri ataupun melihat fizikal luaran semata-mata. Meskipun pahit untuk diterima, namun situasi sedemikian rupa pastinya banyak dilalui oleh orang-orang di luar sana khususnya kelompok remaja yang sedang teruja bergaul untuk mendapatkan rakan baru.
BACA : Tangan Kaki Berpeluh Secara Tak Terkawal, Pemuda Akui Selalu Rasa Insecure
Aku selalu dipinggirkan padahal aku nak juga berkawan macam orang lain
Hal itu turut dialami oleh seorang gadis dengan akaun TikTok @nynenaa ini. Memiliki masalah kulit kering dan bersisik sejak lahir terutamanya di bahagian wajah, terdahulu dia pernah mendedahkan sering dipulau oleh rakan sekeliling hanya kerana keadaan fizikalnya itu. Mengakui hati kecilnya juga ingin bersahabat seperti orang lain, namun layanan buruk dari sekeliling membuatkan gadis berkenaan benar-benar down.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
https://www.tiktok.com/@nynenaa/video/6863665241675386113?referer_url=https%3A%2F%2Fpnews.space%2F&referer_video_id=6863829094073699585
https://www.tiktok.com/@nynenaa/video/6863829094073699585?lang=en
Kawan macam tu tinggalkan jela…Bila kita sentap katanya cepat ‘koyak’
Belum habis mengenangkan rasa insecure tentang masalah kulit yang dialami, baru-baru ini dia berkongsikan kedukaan kerana rupa parasnya itu turut dijadikan bahan gurauan. Dalam keadaan berselubung dengan selimut, @nynenaa gagal menahan sebak dengan kata-kata rakannya yang cukup mengguris perasaan. Menjengah ke ruangan komen, netizen terus memberikan kata-kata semangat selain berharap dia dapat ‘move-on‘ daripada kelompok kawan toxic.
https://www.tiktok.com/@nynenaa/video/6890527093915012353?referer_url=https%3A%2F%2Fpnews.space%2F&referer_video_id=6863829094073699585
Sumber : TikTok nynenaa
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura