[VIDEO] Masuk Air & Pandai Buat Lawak, Azmi Caliph Buskers Buat Ramai Terhibur!

Baru-baru ini, sebuah rancangan realiti yang mengetengahkan konsep muzikal komedi, Muzikal Lawak Superstar baru sahaja ditayangkan di kaca TV. Pertandingan yang terdiri daripada 14 buah kumpulan gabungan pelawak, penyanyi serta pelakon itu ternyata telah memberikan impak yang hebat dalam persembahan pertama masing-masing. Antara yang paling mencuri tumpuan adalah kumpulan HEART, iaitu gandingan pertama Danial Lawak Solo bersama 2 penyanyi terkenal, Ezad Lazim dan Azmi Saat.

BACA: [VIDEO] “Macam Bangun Tidur!” – Rambut Maggi Nad Zainal Dibahan Nabil, Lawak!

Mengangkat tema kekeluargaan dan Hari Raya dalam sketsa pertama, ternyata persembahan daripada ketiga-tiga selebriti yang dilabel underdog ini telah menghiburkan hati ramai penonton. Paling tidak disangka adalah kebolehan vokalis band Caliph Buskers ini yang berjaya menyampaikan lawak bersahaja di atas pentas sewaktu memegang watak ayah kepada 2 orang anaknya, iaitu Danial dan Ezad. Mana taknya, part sedih pun dia masih bagi punchline lagi!

Selain mendapat sorakan gemuruh daripada para penonton di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Altimet turut memuji persembahan yang ditampilkan oleh mereka selaku juri tetap pertandingan ini dan memberikan markah 4 bintang. Dia turut berseloroh dengan sisi lucu Azmi yang dibawa ke atas pentas komedi seperti ini sepanjang tempoh mengenalinya. Rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen ketiga-tiga peserta ini dengan pelbagai pujian serta kata-kata semangat bagi mengekalkan momentum seperti ini untuk persembahan yang akan datang.

Sumber: YouTube Nice TV Official & IG azmi_saat

Apa Komen Anda?