[VIDEO] Mat Salleh Teruja Tengok Sungai Melaka Sampai Terjun Buat Ramai Jijik!

Apabila bertandang ke negeri Hang Tuah, pelancong sering menuju ke Sungai Melaka sebagai lokasi persinggahan wajib. Bukan sekadar boleh menaiki Melaka River Cruise, malahan lanskap di tempat berkenaan juga menjanjikan hasil foto yang cantik. Baru ini juga video memaparkan beberapa orang pelancong asing yang terjun ke dalam sungai tersebut untuk bermandi-manda telah mengejutkan ramai netizen. 

Baca : Sampah Dah Paras Betis, Gadis Dedah Realiti Sebenar Perkampungan Atas Air

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Video kumpulan pelancong itu mula tular di laman Twitter.

Aku harap mereka sedar betapa kotornya Sungai Melaka ni!

 

 

Menerusi video itu, terpampang riak wajah gembira ketika melakukan aktiviti tersebut. Dalam pada itu, netizen mula menyuarakan rasa terkejut kerana pelancong itu sanggup bergembira di sungai yang busuk.

Air terpercik pun dah bau…Macam mana boleh mandi?

Surface nampak bersih tapi dalam berselut busuk

Kalau nampak biawak bertenggek bawah jambatan baru mereka tahu

Namun menerusi pendedahan Melaki Kini, video tersebut sebenarnya merupakan video lama yang kini tular semula.

Pihak berkuasa juga melarang sekerasnya aktiviti mandi di Sungai Melaka dan berharap agar kejadian sama tak berulang.

Sumber : Portal Melaka Kini dan Twitter Toon Seri Anthraxxxx

Apa Komen Anda?