[VIDEO] Melalak Lepas Kalah Game Beyblade, Lelaki Selar Tantrum Budak Sebab…

Permainan beyblade seakan mula menjadi trend bagi kanak-kanak di masa kini. Lagi-lagi kalau berkumpul dan bermain ramai-ramai, memang seronok! Baru-baru ini juga, seorang kanak-kanak lelaki telah tular gara-gara menangis setelah kalah dalam perlawanan beyblade ini. Dalam pada orang lain merasa terhibur dengan gelagatnya, seorang lelaki bernama Luqman mula meluahkan rasa kurang senang dengan tantrum budak berkenaan.

Baca : Restu Anak Masuk lslam Ke Darul Quran, Ibu Bapa Pelajar Cina Ini Dipuji Ramai

Berikut adalah video yang tular menunjukkan budak lelaki itu melalak kecewa apabila kalah sehingga bertindak memukul gelanggang beyblade tersebut.

Tak dapat menerima kekalahan…

Sekali pandang memang lucu. Namun menurut Luqman sendiri, dia agak tidak berkenan dengan sikap kanak-kanak sebegini.

Aku benci budak perangai macam ni. Bila kalah atau tak dapat apa yang dia nak, mulalah dia nak tantrum sampai baling-baling barang. Tak lawak ye. Tolonglah didik sebelum dah besar panjang yang perangai ini tak bagus.

Masa kecik comel…bayangkan kalau 16-20 tahun masih buat perangai

Menurut Luqman lagi, sikap tantrum ini boleh melarat sehingga ke besar jika tidak dikawal sejak kecil lagi.

Aku cakap sebab sekarang pun orang dewasa kuat tantrum

Perkongsian Luqman telah mendapat lebih  13,000 retweets dan ramai netizen yang bersetuju dengan pendapatnya.

Sampai tua pun boleh ada perangai tantrum buang barang

Ye…Masa kecik ni la kena start didik dia

Parent jangan manjakan anak sangat…

Namun begitu, ada juga yang menganggap tanrum adalah hal yang biasa dialami oleh kanak-kanak.

Budak akan ambil masa untuk faham benda salah…

Dia budak kot, normal la…Kejap melalak nanti okey la

Sumber : Twitter Luqman dan Mr Izzudin

Apa Komen Anda?