Viral

[VIDEO] Member Dorm Kerumun Nyanyi Lagu Sedih, Pemuda Putus Cinta Makin Broken

[VIDEO] Member Dorm Kerumun Nyanyi Lagu Sedih, Pemuda Putus Cinta Makin Broken

Waktu bercinta sememangnya indah namun perasaan apabila hubungan itu putus di tengah jalan amatlah perit untuk ditanggung. Dalam tidak sedar, perkara ini juga boleh menyebabkan gangguan pada emosi. Tetapi jika ada sokongan daripada kawan-kawan, mungkin seseorang itu dapat melaluinya dengan lebih mudah.


BACA: Gadis Broken Teruk Dikecewakan Buah Hati, Member Dah Pujuk Tapi Masih Nangis

Tengah-tengah sedih tetiba kawan datang pakat nyanyi lagu Sufian Suhaimi

Menerusi perkongsian TikTok Nabil Haikal, lelaki itu dilihat menundukkan kepala ke bawah dipercayai sedang sedih setelah putus cinta. Meskipun sukar untuk melihat golongan lelaki dirundung kesedihan seperti ini tetapi lumrah seorang manusia pasti kecundang jua. Secara tiba-tiba dia telah didatangi rakan-rakannya sambil mendendangkan sebuah lagu sayu iaitu ‘Terakhir’ nyanyian asal Sufian Suhaimi.

[VIDEO] Member Dorm Kerumun Nyanyi Lagu Sedih, Pemuda Putus Cinta Makin Broken

Satu dorm datang keliling konon nak tolong support member

Sambil menyanyikan lagu tersebut, mereka bertindak mengililingi pemuda itu sambil tersenyum memandang ke arahnya. Dia yang terkilan dengan tindakan kawan-kawannya itu hanya mampu tergelak kecil melihat gelagat spontan mereka sambil menggelengkan kepala.


@nabilhaikalllllll

supporttt memberr boii ! 🤪💙 i’ll missing you guys 🤚🏻😭 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #fypgakni #foryou #boys #viral #trending #trending2020 #tiktok

♬ original sound – kepala – kepala

Friendship lelaki ni lagi best daripada perempuan. Macam ni yang kita mahukan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan perkongsian berkenaan. Malah mereka tidak menafikan sahabat lelaki suka berperangai sedemikian. Ramai juga cemburu dengan persahabatan mereka yang disifatkan sangat ikhlas selain berharap pemuda tersebut tidak lagi bersedih selepas ini.


[VIDEO] Member Dorm Kerumun Nyanyi Lagu Sedih, Pemuda Putus Cinta Makin Broken

[VIDEO] Member Dorm Kerumun Nyanyi Lagu Sedih, Pemuda Putus Cinta Makin Broken

[VIDEO] Member Dorm Kerumun Nyanyi Lagu Sedih, Pemuda Putus Cinta Makin Broken

Sumber: TikTok Danialhaikalllllll

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Member Dorm Kerumun Nyanyi Lagu Sedih, Pemuda Putus Cinta Makin Broken

Facebook

Telegram