Inspirasi Keibubapaan Viral

[VIDEO] “Menangis-Nangis Yoe Parey Nak Telefon Mak, Rindu Dekat Dia”- Ebit Lew

[VIDEO] “Menangis-Nangis Yoe Parey Nak Telefon Mak, Rindu Dekat Dia”- Ebit Lew

Sharing is caring!

Siapa yang tidak kenal dengan insan hebat ini iaitu Ustaz Ebit Lew yang berjaya menarik ramai orang dari segenap lapisan masyarakat untuk mendalami serta memahami Islam. Figura ini berhasil menyampaikan dakwah dengan cara cukup santai serta sampai di hati mereka. Setiap perkongsian yang dimuat naik olehnya di media sosial memberi kesan mendalam terhadap mana-mana pihak menyaksikannya.

BACA: Hadir Dengar Ceramah Ebit Lew, Wanita Cina Sebak Masuk Islam Hadapan Satu Dewan

Sempat luang masa bersama Syahmi Sazli, Yoe dan Asif

Terbaru, beliau khabarnya berkunjung ke negeri Kelantan untuk menyampaikan ceramah di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam. Menerusi satu muat naik di laman Instagram, ustaz turut sempat meluangkan masa bersama-sama YouTuber terkenal yang semakin menempa nama iaitu Syahmi Sazli, Asif dan juga Yoe Parey. Walau bagaimanapun, pertemuan tersebut menimbulkan rasa sayu apabila masing-masing dilihat terkesan dengan setiap bait-bait kata yang dituturkan olehnya. 


Yoe menangis, nak telefon mak

Dalam perjumpaan yang diatur di sebuah kedai makan tersebut, Yoe dikatakan turut menangis saat Ustaz Ebit Lew berdakwah mengenai tingginya darjat seorang ibu. Lantas insan istimewa itu bergegas mendapatkan telefon bimbitnya untuk menghubungi si ibu bagi meluahkan rasa rindu. Menjengah ke laman Instagram milik Syahmi Sazli pula, dirinya menjelaskan inilah julung-julung kalinya dia menyaksikan kedua-dua remaja tersebut menitiskan air mata di hadapannya. 

View this post on Instagram

Sebak semalam walau dah dekat 12malam lewat selepas ceramah di Matrikulasi Kelantan yang sangat baik. Kagum akhlak orang Kelantan. Rajin ramai usahawan berjaya. Rajin. Subhanallah. Selepas itu terus berjumpa dan berkongsi bersama anak muda yang sangat baik @syahmisazli @anissafaizul , asif,yoe dll. Baik sangat adik-adik ni. Rendah diri baik dan banyak minta nasihat. Saya sebenarnya semakin yakin syukur rahsia berjaya dan mulia. Rezeki melimpah ruah. Mereka kini menjadi semangat inspirasi pada semua anak muda diluar sana. Subhanallah. Apa yang kita rasa kekurangan sebenarnya itulah kekuatan kita bila kita syukur. Walau kita miliki kesempurnaan tapi tidak syukur dihati kita akan banyak mengeluh dan putus asa . Mereka kata selalu dengar ceramah saya. Yoe siap menangis-nangis dengar guna head phone. Semalam pun masa cerita mak. Dia berlari ke kereta ambil telefon. Nak telefon mak. Subhanalllah. Baiknya anak ini. Selepas itu yoe ceramah pula pada asif. Subhanallah. Seronok lama juga berkongsi semalam . Bila @anissafaizul start menangis tanya soalan mengenai penting jaga solat dan sayang keluarga. Semua dah menangis. Allahuakbar. Baik dan sebak dengar soalan anak muda ini. Semoga Allah beri semua anak muda jutawan ini kebaikan, rezeki dan rahmat melimpah ruah. Allah sayang. Semoga menjadi asbab hidayah . Sempat hadiahkan buku isteriku bidadari dan 11 amalan memiliki kekayaan dan jemput mereka hadir keluargasunnah. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew #fullVideo #youtubeEbitLew #keluargasunnahPerbaikiDiriKL #maepsSerdangSelangor #transformjiwa.com

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

[VIDEO] “Menangis-Nangis Yoe Parey Nak Telefon Mak, Rindu Dekat Dia”- Ebit Lew

Anak syurga yang baik, beri manfaat kepada orang lain

Sempat juga isteri kepada YouTuber berkenaan bertanyakan serta meminta nasihat soal keluarga dan penjagaan solat sehingga membuatkan figura tersebut kagum dengan keperibadian mereka semua. Video berdurasi kurang seminit itu kini sudah mencecah angka 400,000 jumlah tontonan.  Rata-rata netizen turut sebak melihat video berkenaan dan ada juga menyampaikan hasrat mereka untuk berjumpa dengan pendakwah tersebut suatu hari nanti. 


[VIDEO] “Menangis-Nangis Yoe Parey Nak Telefon Mak, Rindu Dekat Dia”- Ebit Lew [VIDEO] “Menangis-Nangis Yoe Parey Nak Telefon Mak, Rindu Dekat Dia”- Ebit Lew [VIDEO] “Menangis-Nangis Yoe Parey Nak Telefon Mak, Rindu Dekat Dia”- Ebit Lew

 

Sumber: Instagram Ebit Lew & Syahmi Sazli 

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!