Viral

[VIDEO] Menggigil Sampai Mahkamah, Rakan Baik Nur Surya Ditahan Reman 7 Hari

[VIDEO] Menggigil Sampai Mahkamah, Rakan Baik Nur Surya Ditahan Reman 7 Hari

Kecoh beberapa hari ini tentang kejadian samun yang telah meragut nyawa seorang gadis berusia 19 tahun iaitu Siti Nur Surya. Tragedi hitam yang berlaku di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu itu menyaksikan penangkapan suspek utama juga merangkap rakan baik kepada remaja tersebut.


BACA: “Kakak Seorang Anak Yang Sangat Baik” – Rela Tak Sambung Belajar Nak Jaga Ibu

Dikenakan tahanan reman selama 7 hari bermula isnin depan

Menerusi portal Harian Metro, suspek yang masih bersekolah di tingkatan enam telah ditahan reman selama 7 hari bermula hari ini sehingga Isnin depan. Perintah tersebut telah dikeluarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda bagi membenarkan siasatan lanjut dilakukan.

[VIDEO] Menggigil Sampai Mahkamah, Rakan Baik Nur Surya Ditahan Reman 7 Hari

Suspek ditahan lepas diserahkan ibu sendiri, ada bukti CCTV

Suspek yang juga bekas rakan sekolahnya telah ditahan selepas diserahkan oleh ibunya sendiri pada jam 8.15 pagi semalam ketika datang ke Balai Polis Telemong. Tindakan diambil berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi tragedi tersebut serta menerusi sebuah rakaman litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran.


Ditemui tidak bernyawa oleh adik sendiri, pulang dari sekolah

Dalam kejadian pada 1 November itu, Siti Nur Surya telah dijumpai terbaring di ruang tamu rumahnya oleh si adik Siti Nur Syuhada yang baru pulang dari sekolah. Suspek juga dikatakan turut melarikan sejumlah wang ratusan ringgit, barang kosmetik, 2 buah beg dan 2 telefon bimbit milik Allahyarhamah.


[VIDEO] Menggigil Sampai Mahkamah, Rakan Baik Nur Surya Ditahan Reman 7 Hari

Sumber: Portal Harian Metro & Twitter Buletin TV3

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Menggigil Sampai Mahkamah, Rakan Baik Nur Surya Ditahan Reman 7 Hari

Facebook

Telegram