Jarang dapat kita lihat menantu yang mempunyai hubungan rapat dengan mertua. Selalunya hanya kisah negatif yang melibatkan ketidakserasian sahaja. Bahkan dilema berkenaan sering dipaparkan dalam realiti kehidupan golongan wanita. Hakikatnya, mereka juga layak mendapat layanan terbaik seperti mana dirasai bersama ibu bapa sendiri.
BACA : [VIDEO] 1st Time Datang Rumah Awek, Cuak Rupanya Bakal Mentua Jengah Dari CCTV
Ibu mentua nangis dapat hadiah rantai emas
Seperti kisah wanita ini bila mana dia menghadiahkan sekalung rantai emas bersaiz tebal kepada ibu mentuanya. Menerusi TikTok ini, adik ipar lelaki membantu ibunya menyarung barang kemas tersebut sambil mengucup lembut di dahi. Sebaik sahaja melihat hadiah bernilai mahal berkenaan, wanita yang berpakaian serba kelabu tersebut terus menangis.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
@mimienia2 utk mak mertua
Mak mentua pun mak kita juga…Cuma menumpang kasih
Jelas pemilik akaun TikTok @Mimienia2 , dia hanya mampu menumpang kasih ibu mertua di semenanjung kerana mamanya berada jauh di Sabah. Sejak dimuat naik, rakaman pendek itu berjaya meraih hampir 100 ribu jumlah tontonan netizen.
Susah la nak dapat menantu macam ni…Yang selalu dapat hantu…Bersyukurlah yang masih ada ibu
Kebanyakan komen netizen juga turut berasa sedih melihat video tersebut. Ramai yang mengucapkan rasa kesyukuran kerana si pemberi berkenaan mampu menjadi menantu yang baik dan menyayangi ibu mertua seperti ibu kandung.
Sumber : Tiktok mimienia2
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura