[VIDEO] “Menyakitkan Hati” – Ending Drama Bukan Cinta Aku Bikin Penonton Geram!

Bersiaran sejak 5 Jun lalu, drama berjudul Bukan Cinta Aku yang menghiasi slot Akasia TV3 sebanyak 20 episod sudah tamat ditayangkan semalam. Dibintangi oleh Syafiq Kyle (Tengku Isma), Riana (Janna Nick) dan Arjuna (Baim Wong), drama yang menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia ini nampaknya berjaya menambat hati penonton. Namun begitu, episod akhir semalam telah membuatkan netizen geram kerana ending yang tidak memuaskan hati.

Baca : Konon Promosi Filem, Tapi Baju Banduan Wak Doyok Dikritik Tak Masuk Akal!

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Riana, dia mempunyai latar belakang keluarga kaya. Takdir pula membuatkan dia terjatuh hati dengan Arjuna yang bekerja sebagai driver keluarganya. Sedar bahawa cinta 2 darjat mereka akan dibantah, mereka mula bercinta secara diam-diam. Namun apabila diketahui oleh keluarga, Riana telah dipaksa berkahwin dengan Tengku Isma.

Semoga kita jumpa di syurga…

Kecewa dengan perkara tersebut, Arjuna mula hilang dan membawa diri. Walaupun sudah berkahwin, Riana pula tidak pernah melayani Tengku Isma sebagai suami. Akhirnya, Tengku Isma bersetuju untuk berpisah dengan Riana sekiranya mereka berjaya menemui Arjuna semula. Malangnya, Arjuna sudah menjadi gila dan tidak mampu mengingati Riana.

Pada episod akhir semalam, Arjuna yang berhalusinasi telah berenang masuk ke laut sehingga hampir lem4s. Riana yang menyedari hal tersebut segera menyelamatkan cinta hatinya itu. Meskipun sudah sedar semula selepas mendapat bantuan pernafasan, Arjuna yang mula mengingati Riana akhirnya pergi buat selama-lamanya. Pengakhiran yang tiada ‘happy ending’ ini membuatkan penonton tidak berpuas hati.

Kenapa isteri orang mesti suka boyfriend lama? Dayus gila cerita ni

Bencilah ending macam ni…Ending yang tak habis

Sumber : Instagram Janna Nick

Apa Komen Anda?