Family Antarabangsa

[VIDEO] Merajuk Ibu Didakap, Ajak Shiro ‘Pening’ Layan Keletah Anak Bongsu

[VIDEO] Merajuk Ibu Didakap, Ajak Shiro ‘Pening’ Layan Keletah Anak Bongsu

Sharing is caring!

Kebiasaannya anak-anak perempuan mesti rapat dengan ayah mereka kan? Bukan setakat manja, tetapi ada sahaja perangai mengada-ngada yang dibuat supaya ayah mereka dapat memberikan perhatian. Kalau tidak dilayan, pasti mereka akan ‘buat muka’ sebagai tanda protes. Begitulah realiti yang sama dihadapi oleh pelawak dan pelakon terkenal Malaysia ini.


BACA: Pergi Bersila Masa Tahiyat Akhir, Ozlynn Geram Tengok Keletah Si Moleiq Solat

Nada tengok babah tak nak hug”…Hug siapa dulu pun jadi hal?

Menerusi perkongsian baru di Instagram, Ajak Shiro dilihat sempat melayan gelagat anak perempuannya. Kejadian itu berpunca kerana pelakon filem ‘Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang’ dikatakan mendakap isterinya terlebih dahulu sehingga menyebabkan si cilik bernama Nada Sofea berasa merajuk. Setelah berkali-kali dipujuk, kanak-kanak itu mengingatkan ayahnya agar memilih dirinya terlebih dahulu. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, pelawak berusia 34 tahun itu mengiyakan permintaan tersebut dan meminta maaf di atas perbuatannya.


Biasalah anak perempuan kan lepas tu bongsu pula…Itulah cari pasal lagi

Seakan-akan tidak dapat menerima maaf itu, Nada Sofea dilihat masih terus bersedih meskipun telah dipujuk oleh ayahnya. Bukan sahaja terhibur gelagat comel si cilik itu, malahan rata-rata netizen turut mengatakan itulah lumrah anak perempuan. Mereka turut berseloroh tindakan Ajak Shiro itu dilihat memang sengaja hendak mencari pasal. Secara keseluruhan, video ini berjaya meraih lebih 80 ribu jumlah tontonan setakat ini.


[VIDEO] Merajuk Ibu Didakap, Ajak Shiro ‘Pening’ Layan Keletah Anak Bongsu

[VIDEO] Merajuk Ibu Didakap, Ajak Shiro ‘Pening’ Layan Keletah Anak Bongsu

[VIDEO] Merajuk Ibu Didakap, Ajak Shiro ‘Pening’ Layan Keletah Anak Bongsu

[VIDEO] Merajuk Ibu Didakap, Ajak Shiro ‘Pening’ Layan Keletah Anak Bongsu

Sumber: Instagram ajakshiro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini