[VIDEO] “Mereka Berdua Sama Layak”- Barisan Juri Perjelas Kenapa Ada 2 Juara GV

Setelah hampir 11 minggu bersiaran di kaca televisyen, program nyanyian realiti Gegar Vaganza musim yang ke-6 akhirnya telah melabuhkan tirainya. Kesemua enam finalis berentap bagi memberikan persembahan yang sangat menarik bagi memikat hati para juri. Malam penuh gilang- gemilang tersebut menyaksikan kejutan yang paling tidak disangka apabila Hady Mirza dan juga Naqiu dinobatkan sebagai juara. 

BACA: [VIDEO] Pertama Kali Dalam Sejarah, GV 2019 Nobatkan 2 Orang Juara

Tak disangka nobat dua juara

Keputusan yang tak disangka-sangka tersebut diumumkan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse dalam pentas akhir yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam. Bagi menjawab persoalan mengenainya, satu sidang akhbar telah diadakan sejurus berakhirnya pertandingan berkenaan. Datuk Ramli MS selaku juri tetap program tersebut telah menjelaskan keputusan dua juara itu ditetapkan setelah dirinya dan semua juri yang lain sebulat suara. 

Advertisement

Keduanya ada kelebihan tersendiri

Advertisement

Kedua-dua penyanyi diangkat sebagai juara itu berhak menerimanya atas segala penat lelah yang telah dicurahkannya. Malah Hady dan juga Naqiu mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri sehinggakan mendapat markah sama diakhir program berkenaan. Menurut portal Astro Awani, pihak pengurusan program juga terkejut dengan keputusan itu namun bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh pihak juri untuk menobatkan mereka berdua sebagai pemenang tempat pertama dan masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM100,000. 

Advertisement

Sumber: Facebook Astro Awani & Instagram Astro Gempak 

 

Advertisement

Apa Komen Anda?