[VIDEO] Mia Sara Kongsi Masalah Waktu Perempuan Solat, Last Tu Selalu Terjadi!

Selaku rukun Islam yang kedua serta teras utama agama, amalan solat adalah wajib ke atas setiap umatnya. Selain itu, umum juga mengetahui bahawa pahala yang diperoleh menerusi ibadat ini akan lebih berlipat kali ganda jika solat fardu ditunaikan secara berjemaah jika dibandingkan dengan solat secara bersendirian. Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa terdapat bermacam masalah yang sering dihadapi ketika melakukannya, lebih-lebih lagi jika anda seorang MusIimah.

BACA: Rembat Kain Telekung Adik Buat Pelikat, Ozlynn Kata Asalkan Ada Hati Nak Solat

Ni la antara masalah golongan Hawa masa solat

Baru-baru ini, tular pula di laman sosial Twitter mengenai sebuah video yang memaparkan antara situasi atau masalah yang dihadapi oleh golongan Hawa sewaktu menunaikan solat lebih-lebih yang berkaitan dengan telekung. Video tersebut turut menampilkan selebriti cilik, Mia Sara sebagai pelakon utamanya.

Rupanya, babak tersebut adalah sebahagian daripada drama komedi terbaru di Astro Ceria yang bertajuk ‘Salam Squad’ dan ada sambungannya lagi. Antara pelakon lain yang turut terlibat dalam rancangan kanak-kanak ini adalah Elfira Loy, Rykarl Iskandar, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Azam Maal Hijrah – Salam Squad (Minit: 2:05 – 3:50)

Kalau telekung dah kena tindih…habis senget kepala jadinya

Sejak dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakana nama akaun @farahwii sekitar malam tadi, potongan video tersebut ternyata mendapat perhatian ramai netizen apabila meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan setakat ini. Selain terhibur dengan gelagat yang ditampilkan oleh pelakon berusia 14 tahun itu bersama seorang lagi rakannya, rata-rata netizen turut berseloroh mengenai situasi lucu yang pernah dialami dalam hidup mereka sebelum ini.

Sumber: Twitter farahwii & YouTube Astro Ceria

Apa Komen Anda?