[VIDEO] ‘Mini Lailers’ Dengan Anak Tudung Ke Depan, Siap Tibai Cakap Korea Lagi

Bertemakan genre komedi dan sarat dengan nilai kekeluargaan, drama bersiri ‘Kampung People’ telah pun mengakhiri siarannya di TV3. Antara salah satu watak yang sering menjadi tumpuan adalah Laila iaitu gadis bandar ‘bimbo’. Terbaru di Twitter juga, seorang kanak-kanak perempuan telah menjadi viral kerana dikatakan mempunyai personaliti yang sama dengan watak lakonan Riena Diana itu.

BACA : Keletah Comel Pak Haji Ikut Anak Menari #AnySongChallenge Mencuit Hati Netizen

‘Mini Lailers’, tudung pun dah macam Kampung People

Video berdurasi 40 saat itu, dimuat naik oleh sorang pengguna Twitter @annsfyax memaparkan gelagat anak perempuannya meniru cara percakapan Laila. Gelagat si cilik meniru aksi Laila itu seakan menjadi apalagi melihat mimik mukanya yang selamba dan kelakar. Bukan itu sahaja, dia juga bertutur dengan dialog Inggeris ala Mat Salleh dengan nada ‘gedik’.

Advertisement

Habis ditambahnya huruf S kat belakang

Lengkap berpakaian uniform sekolah, dia dilihat bersungguh-sungguh menceritakan aktiviti yang dilakukannya di sekolah kepada ibunya sambil mengajuk cara percakapan pelakon itu. Telatah nakalnya bagaimanapun berjaya mencuit hati ramai apabila hampir keseluruhan perkataan yang disebutnya diselitkan dengan huruf S di belakang.

Cakap Korea pun boleh tapi versi Kampung People lah

Malah kepintaran kanak-kanak comel berkenaan berbahasa Korea juga bukan biasa-biasa. Walaupun agak kelaut pertuturannya, namun gelagat si cilik itu sangat menghiburkan.

Advertisement

Advertisement

D pun dia letak S, geram betul…

  1. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video yang dikongsi oleh wanita itu. Kecomelan yang ditonjolkan kanak-kanak tersebut membuatkan netizen berasa geram melihat bakatnya meniru watak ‘gila-gila’ Laila selain turut memuji kepintarannya.

Sumber : Twitter annsfyax

Advertisement

Apa Komen Anda?