Isu Semasa

[VIDEO] Minta Anak Bujang Dodoikan Tidur, Mak Request Zikir Siap Dengan Gitar

[VIDEO] Minta Anak Bujang Dodoikan Tidur, Mak Request Zikir Siap Dengan Gitar

Sudah menjadi lumrah apabila anak-anak meningkat dewasa, adakalanya semakin sukar untuk ibu bapa meluangkan masa bersama mereka. Namun tidak salah bagi seseorang anak itu merebut peluang tersebut dan pasti akan terukir senyuman di wajah ibu ayah tercinta. Mungkin demikianlah situasi yang boleh digambarkan menerusi sebuah video tular ini.


BACA : Kanak-Kanak Lakonkan Semula ‘7 Hari Mencintaiku’, Syukri Yahaya Nak Stop Acting

Mak terbaring kat katil minta anak bujang dodoikan tidur..

Daripada perkongsian di laman TikTok @azrin_capten, video berkenaan memaparkan gelagat dua beranak yang sedang bergurau senda di sebuah bilik tidur. Awalnya dapat disaksikan, si ibu sedang terbaring di samping anaknya yang segak berbaju Melayu. Sambil memetik gitar, lelaki berkenaan dilihat cuba mendodoikan warga emas itu.


 [VIDEO] Minta Anak Bujang Dodoikan Tidur, Mak Request Zikir Siap Dengan Gitar

[VIDEO] Minta Anak Bujang Dodoikan Tidur, Mak Request Zikir Siap Dengan Gitar

Belum petik gitar lagi dah kena marah, siap suruh alunkan zikir lagi..

Namun apa yang melucukan lagi apabila ibunya yang terus-terusan memaksa pemuda berkenaan untuk mengalunkan sebuah zikir. Bagaimanapun, perbuatan si ibu nyata mengundang ketawa sekali gus mengganggu fokusnya untuk memetik gitar serta mendodoikan wanita tersebut.


@azrin_capten

2 3x aku ulang tengok sriess lawak

♬ bunyi asal – azrin – azrin

Bertuahnya rasa, seronoknya dapat bergurau senda dengan mak..

Dikongsi sejak semalam, rakaman video berdurasi kurang daripada seminit itu meraih lebih 100 ribu tontonan setakat ini. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan gelagat dua beranak ini selain mengakui bahagia melihat si ibu yang begitu galak menyakat.

[VIDEO] Minta Anak Bujang Dodoikan Tidur, Mak Request Zikir Siap Dengan Gitar

[VIDEO] Minta Anak Bujang Dodoikan Tidur, Mak Request Zikir Siap Dengan Gitar[VIDEO] Minta Anak Bujang Dodoikan Tidur, Mak Request Zikir Siap Dengan Gitar

Sumber : TikTok azrin_capten

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Minta Anak Bujang Dodoikan Tidur, Mak Request Zikir Siap Dengan Gitar

Facebook

Telegram