[VIDEO] Moment Lucu ABPBH 32 – Zizan Bawa Grab, Kak Lina Pula…

Dengan tema ‘Melangkaui Sempadan’, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32 yang berlangsung malam tadi telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Selain daripada penampilan para selebriti tanah air bersama dengan kumpulan peminat masing-masing,  program anugerah itu juga nyata semakin meriah apabila diterajui oleh 2 hos utamanya iaitu Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein.

BACA: [VIDEO] “Nanti Zizan Marah” – Dapat Pickupline Berani, Reaksi Mira Filzah Cute!

Biarpun ini merupakan gandingan kali pertama di program TV, namun kedua-dua mereka telah berjaya mengendalikan acara yang disifatkan sebagai perhimpunan terbesar penggiat seni. Malah Datuk AC dan ‘Kak Lina Pom Pom’ juga menjadi viral di media sosial sewaktu menyakat artis yang sering digosipkan bersama iaitu aktres Mira Filzah dan juga Zizan Razak.

Zizan bawa Grab, Kak Lina Pom Pom pula…

Part ni ketawa sampai ke telinga!

Gelagat mereka nyata mengundang lucu apabila Elly Mazlein sengaja bertanyakan kepada Mira Filzah samada dia datang berseorangan atau sambil berteman ke majlis terbabit. Selain dijawab spontan oleh Zizan, Datuk AC Mizal kemudiannya sempat berseloroh apabila rakan pengacaranya memberitahu yang dia bakal berkahwin tidak lama lagi. Perkara itu turut menjadi bualan ramai netizen yang sangat terhibur dengan babak tersebut semalam. 

Sangat spontan…bukti Zizan masih relevan dalam komedi

Part ni kelakar…nasib baik Kak Lina sporting

Aktres drama ‘Pujaan Hati Kanda’ itu telah berjaya membawa pulang gelaran utama Bintang Paling Popular ABPBH 32. Terdahulu, Mira berjaya mengatasi beberapa finalis lain dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Pelakon Filem Wanita Popular, serta diumum sebagai pemenang kategori online, Gandingan Serasi Drama Popular. Sementara Zizan pula berjaya mengekalkan trofi kategori Artis Komedi Popular sejak 2 edisi ABPBH sebelum ini.

Sumber: IG tv3malaysia

Apa Komen Anda?