[VIDEO] “Mommy Are You Pumping?” – Hanis Kongsi Kesopanan Yusuf Waktu Pam Susu

Sejak kelahiran anak kedua, keluarga Hairul Azreen dan Hanis Zalikha nampaknya semakin bahagia. Selaku anak sulung, Yusuf Iskandar pula menunjukkan kasih sayang yang jelas kepada adiknya, Alisa. Kini terbaru di Instagram, Yusuf sekali lagi membuatkan netizen ‘cair’ dengan peribadinya yang penuh dengan adab itu. Siapa sangka dengan umur sekecil itu, Yusuf sangat gembira untuk membantu Hanis Zalikha membuat persiapan mengepam susu.

Baca : [VIDEO] Lihat Cara Hanis Tegur Yusuf Bila Menyampuk Cakap Orang Tua, Terbaik!

Saya akan simpan benda ni selamanya. Kelahiran pertama saya, anak sulung saya, Yusuf. Awak sayang sangat orang sekeliling. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu. Kalau muka Mommy dah resah, dia tanya “Mommy nak pam ke?”. Sebab dia akan lari untuk sediakan set pam itu. Kalau saya dah mula mengepam susu dan dia mahu masuk bilik, dia akan minta izin dulu.

Kecil-kecil dah nampak sifat penyayang…

Dalam video tersebut, Yusuf kelihatan sangat excited menyediakan segala perkakas mengepam susu serta sangat hormat pada ruang privasi Hanis Zalikha. Walaupun usianya masih kecil, Yusuf menunjukkan ciri-ciri seorang anak yang boleh diharapkan tanpa perlu disuruh terlebih dahulu. Dalam pada itu, netizen terus memuji peribadi tersebut dan menyifatkan Hanis Zalikha bertuah kerana memiliki anak sebaik Yusuf.

 

Bukan sahaja meminta tips agar boleh membentuk sikap baik anak mereka, malahan ada yang menyifatkan perangai beradab Yusuf ini dipengaruhi oleh persekitaran dan didikan yang baik. Melihatkan video sweet ini, ibu bapa mana yang tidak sejuk hati dan sudah pastinya, ramai yang mengimpikan agar anak mereka mempunya adab sebaik Yusuf Iskandar. Dalam pada itu juga, ramai mendoakan yang terbaik buat anak selebriti ini.

Please ajar macam mana nak didik anak macam tu even saya belum kahwin

I feel you Keknis…Susah nak describe bila anak sulung bersungguh-sungguh tolong kita

Sumber : Instagram Hanis Zalikha

Apa Komen Anda?