[VIDEO] Muka Tahan Nangis, Tapi Anak Tetap Melayan & Sambung Lagu Hafiz Suip

Siapa saja yang tak mengenali mantan juara Akademi Fantasia musim ke-7 ini? Selain memiliki vokal suara yang unik bagi seorang penyanyi lelaki, hampir kesemua lagu yang dipopularkan oleh Hafiz Suip sering menjadi siulan masyarakat. Baru-baru ini juga, dia telah memberikan persembahan yang cukup memukau di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 34 yang mana keputusan 12 lagu layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) bakal diumumkan pada malam esok.

BACA: Hafiz Pulun Nyanyi Atas Pentas, Tapi Kelibat Wajah Cantik Isteri Curi Perhatian

Advertisement

Sebelum ni isteri viral…kini anak pula jadi perhatian

Jika sebelum ini wajah cantik isterinya iaitu Nureffy Jasreel Abdullah (Effy) pernah viral susulan hadir ke konsert tempoh hari, kali ini giliran anak mereka pula menjadi bualan ramai. Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram miliknya, Hafiz ada memuat naik video yang menampilkan mereka sekeluarga sewaktu dalam kereta.

Advertisement

Nangis-nangis pun boleh boss..

Dalam paparan tersebut, si kecil yang mesra dipanggil Iyad ini dilihat seakan-akan tidak ceria dan merajuk. Tapi apa yang menariknya, dia tetap sempat menyambung bait-bait lagu ‘Kisah Cinta Kita’ yang dinyanyikan oleh bapanya dalam keadaan itu. Terdahulu, Hafiz juga pernah berkongsi gelagat yang lebih kurang sama dan kanak-kanak yang hampir berusia 2 tahun ini bijak menyambung nyanyiannya.

Advertisement
View this post on Instagram

Nangis nangis pun boleh boss

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

Advertisement

View this post on Instagram

Advertisement

Terima lah…cinta luar biasa daripada kami

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

Advertisement

Dia pun pandai nyanyi lah…like father like son

Visual yang berdurasi kira-kira 30 saat berkenaan nyata telah membuatkan rata-rata peminat terhibur, hingga meraih lebih 70 ribu jumlah tontonan setakat ini. Menerusi ruangan komen pula, netizen berseloroh mengenai gelagat comel yang ditampilkan oleh ayah dan anak ini selain memuji kecantikan isterinya yang sedang hamil anak kedua mereka.

Advertisement

Sumber: IG hafizsuip

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?