Viral

[VIDEO] Nak Capai Lidah Tapi Asyik Hilang, Reaksi Bayi Comel Ini Lucu Habis

[VIDEO] Nak Capai Lidah Tapi Asyik Hilang, Reaksi Bayi Comel Ini Lucu Habis

Sharing is caring!

Salah satu cara untuk mengeratkan hubungan dengan anak adalah bermain dengan mereka. Di samping itu, terdapat ibu dan bapa menantikan waktu lapang untuk melakukan aktiviti tersebut bersama dengan cahaya mata masing-masing. Tambahan pula, pasti pelbagai telatah si cilik ini diangkat menjadi memori untuk dikenang pada masa hadapan.


BACA: Masih Basah Dilahirkan, Bayi Viral Genggam Alat Cegah Hamil IUD Milik Si Ibu

Ayah mengusik dengan sengaja menjelirkan lidah…Si baby cuba nak capainya tetapi tak berjaya sampai menangis

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter bernama Fatimah Ali telah memuat naik sebuah video suaminya yang sedang mengusik anak mereka. Sementara itu, lelaki tersebut melakukan aksi lucu sambil menjelirkan lidah kepada bayi perempuannya dengan niat untuk bermain semata-mata. Walau bagaimanapun, si cilik tersebut menangis selepas percubaan untuk mencapainya tidak berjaya meskipun telah berusaha sebanyak dua kali.


Ulang video banyak kali sebab tak boleh move on si baby ni comel sangat…Mujur ayah tak kena ‘bedal’

Entri berkenaan yang tular itu telah berjaya meraih lebih 29 ribu retweet sejak dikongsikan semalam. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah dan kecomelan bayi berkenaan meskipun sedang menangis. Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa bapanya bernasib baik kerana tidak ‘dilepuk’ oleh si cilik berkenaan.


[VIDEO] Nak Capai Lidah Tapi Asyik Hilang, Reaksi Bayi Comel Ini Lucu Habis

[VIDEO] Nak Capai Lidah Tapi Asyik Hilang, Reaksi Bayi Comel Ini Lucu Habis

[VIDEO] Nak Capai Lidah Tapi Asyik Hilang, Reaksi Bayi Comel Ini Lucu Habis

[VIDEO] Nak Capai Lidah Tapi Asyik Hilang, Reaksi Bayi Comel Ini Lucu Habis

Sumber: Twitter ___farteees

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!