Viral

[VIDEO] Nakal Main Dengan Lebah, Tak Pasal-Pasal Kaki ‘Si Meow’ Besar Sebelah

[VIDEO] Nakal Main Dengan Lebah, Tak Pasal-Pasal Kaki ‘Si Meow’ Besar Sebelah

Sharing is caring!

Sebut saja pasal ‘si meow’, pasti ada saja gelagatnya yang mampu menghiburkan kita semua. Selain memiliki ciri fizikal yang comel dan pandai meraih perhatian para pemiliknya, sifatnya yang manja dan nakal juga menjadi antara sebab ia sangat popular untuk dipelihara ramai. Namun ada kalanya karenah di luar jangkaan kucing ini tidak kira yang kecil atau pun sudah besar seringkali menjadi tumpuan di Internet samalah seperti rakaman yang tular di Twitter baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Cerewet Takut Kaki Basah, Kucing Gempal Lintas Titi Guna Cara Pelik

Siapa suruh main dengan lebah…kan kaki dah besar sebelah

Dalam video berdurasi 18 saat tersebut, seekor kucing ‘British Shorthair‘ berwarna kelabu dilihat telah bermain dengan seekor lebah di lantai sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya. Mungkin atas sebab ingin tahu, bagaimanapun nasib tak menyebelahi haiwan comel tersebut apabila ia disengat sampai terlompat tinggi di udara. Gara-gara kejadian tersebut, salah satu kakinya telah menjadi besar akibat bengkak walaupun rawatan sudah diberikan kepadanya.


Aduhai tak ada mainan lain ke dia nak main…comel je tengok tapi kesian pun ada

Sehingga kini, paparan yang mencuit hati itu telah meraih lebih 11 ribu retweets setakat ini. Walaupun ramai yang berseloroh penampilan baru ‘si meow’ dikatakan agak comel, tapi rata-rata netizen turut bersimpati melihat keadaannya.

[VIDEO] Nakal Main Dengan Lebah, Tak Pasal-Pasal Kaki ‘Si Meow’ Besar Sebelah

[VIDEO] Nakal Main Dengan Lebah, Tak Pasal-Pasal Kaki ‘Si Meow’ Besar Sebelah


[VIDEO] Nakal Main Dengan Lebah, Tak Pasal-Pasal Kaki ‘Si Meow’ Besar Sebelah

Sumber: Twitter cattitudescrvs


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini