Cinta Viral

[VIDEO] Nangis Di Majlis Kahwin Ex-Girlfriend, Siap Dipujuk Ibu Pengantin Lagi

[VIDEO] Nangis Di Majlis Kahwin Ex-Girlfriend, Siap Dipujuk Ibu Pengantin Lagi

Sharing is caring!

Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa yang sangat dinantikan oleh setiap lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, hakikatnya tidak semua yang bercinta akan ditakdirkan untuk hidup bersama-sama malah lebih menyedihkan apabila mereka terpaksa melepaskan insan kesayangan untuk orang lain. Situasi ini sama seperti kisah sedih yang dilalui oleh jejaka daripada Indonesia ini. 


BACA: [VIDEO] Pengantin Bisu Selamat Ijab kabul Dengan Sekali Lafaz, Cetus Rasa Sebak

Tak dapat tahan sebak tengok ex girlfriend kahwin dengan orang lain…Mujur ada yang sudi bagi semangat

Menerusi video di TikTok, pengguna @asary.28 berkongsi detik kecewa ketika menghadiri majlis perkahwinan bekas teman wanitanya. Di samping itu, jejaka berkenaan tidak dapat menahan kesedihan apabila menyaksikan insan yang pernah disayanginya itu sedang bersanding dengan lelaki lain. Walau bagaimanapun, kelihatan dirinya dipujuk oleh seorang wanita serta beberapa orang rakannya yang berada di sisi.


@asary.28

Mengapa aku masih belum bisa menerima kenyataan😭 meski bunda dan mamanya sellu semangatin dan do’akan aku semoga akan bahagia meski bkn sama anaknny

♬ kulepas dengan ikhlas – 🎹🎤🎶🎼HOWOX’Z🎼🎶🎸🎙🎧

Memang sangat perit sebab pernah menghadapi sendiri…Pasti ada jodoh baik yang sedang menunggu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka pernah melalui peristiwa sama seperti jejaka itu serta sangat memahami kesedihan yang dialaminya. Di samping itu, mereka turut memberikan semangat kepada lelaki berkenaan dengan menyatakan bahawa terdapat pasti ada jodoh yang lebih baik buat dirinya. Video ini meraih lebih 800 ribu jumlah tontonan sejak dimuat naik semalam.


[VIDEO] Nangis Di Majlis Kahwin Ex-Girlfriend, Siap Dipujuk Ibu Pengantin Lagi

[VIDEO] Nangis Di Majlis Kahwin Ex-Girlfriend, Siap Dipujuk Ibu Pengantin Lagi

[VIDEO] Nangis Di Majlis Kahwin Ex-Girlfriend, Siap Dipujuk Ibu Pengantin Lagi

Sumber: TikTok asary.28

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!