Family Hiburan Viral

[VIDEO] Naura Dapat Lepak Dengan Neelofa & Mama, Sekali Tengok Macam 3 Generasi

[VIDEO] Naura Dapat Lepak Dengan Neelofa & Mama, Sekali Tengok Macam 3 Generasi

Sharing is caring!

Sekitar minggu lepas, media sosial hangat tentang pertemuan selebriti popular Neelofa bersama si cilik yang dikatakan mempunyai wajah serupa dengannya. Difahamkan, kanak-kanak bertuah itu bernama Che Naura Auni Che Fadhlullah dan baru sahaja berusia 5 tahun. Malah detik tersebut lebih bermakna lagi memandangkan model antarabangsa berusia 30 tahun itu bakal menamatkan khidmatnya sebagai hos rancangan temu bual MeleTOP menjelang tahun baru nanti.Β 

BACA: “Comel, Cantik, Susu..” – Neelofa Teruja Jumpa Kembar Cilik, Respon Lawak Habis

[VIDEO] Naura Dapat Lepak Dengan Neelofa & Mama, Sekali Tengok Macam 3 Generasi

Dapat ‘lepak’ bersama Lofa & Datin Kartini

Baru-baru ini pula, adik Naura sekali lagi diberi kesempatan untuk meluangkan masa bersama artis kegemarannya serta Datin Kartini secara eksklusif. Jika di studio MeleTOP tempoh hari si comel ini kelihatan agak gugup, namun dia kelihatan amat lincah dan petah bercakap sewaktu berinteraksi dengan kedua-dua ikon wanita itu.

[VIDEO] Naura Dapat Lepak Dengan Neelofa & Mama, Sekali Tengok Macam 3 Generasi


[VIDEO] Naura Dapat Lepak Dengan Neelofa & Mama, Sekali Tengok Macam 3 Generasi

Sekali tengok macam 3 generasi

Menariknya, gelagat bersahaja mereka bersama budak yang mendapat jolokan nama Mini Lofa itu seakan-akan mempunyai pertalian keluarga. Hal ini kerana wajah ketiga-tiga mereka saling tak tumpah dan boleh dikatakan sebagai bayangan 3 generasi keluarga Neelofa. Sebelum berpisah, Datin Kartini turut berkesempatan memberikan cenderamata kenang-kenangan kepada kanak-kanak yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu.

[VIDEO] Naura Dapat Lepak Dengan Neelofa & Mama, Sekali Tengok Macam 3 Generasi

Tak puas tengok…mungkin tulah muka anak Neelofa satu hari nanti

Sehingga kini, kesemua paparan video yang dimuat naik oleh Datin Kartini ke akaun Insta Story miliknya itu telah dikongsi kembali oleh para peminat di Twitter dan Instagram. Rentetan penularan rakaman tersebut, rata-rata netizen tertarik dengan persamaan dari segi raut wajah mereka bertiga serta memuji layanan mesra yang diberikan kepada adik Naura.


[VIDEO] Naura Dapat Lepak Dengan Neelofa & Mama, Sekali Tengok Macam 3 Generasi

[VIDEO] Naura Dapat Lepak Dengan Neelofa & Mama, Sekali Tengok Macam 3 Generasi

[VIDEO] Naura Dapat Lepak Dengan Neelofa & Mama, Sekali Tengok Macam 3 Generasi

Sumber: Instagram & Twitter Neelofa


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!