[VIDEO] Neelofa Sebut Nama Irma Hasmie, Nabil Terus Jadi Tak Keruan di MeleTOP!

Pada episod MeleTOP yang berlangsung semalam, Diana Amir dan kumpulan nasyid Saujana telah dijemput dalam sebuah segmen di mana mereka berkongsikan tentang pengalaman terlibat dengan misi kemanusiaan. Dalam pada itu, Diana Amir sempat mendedahkan bahawa Irma Hasmie juga sebahagian daripada individu yang aktif menyertai aktiviti kemanusiaan ini. Tatkala nama Irma Hasmie disebut sepanjang rancangan tersebut, riak wajah yang ditunjukkan oleh Nabil telah mencuri tumpuan ramai.

Baca : Berlagak Diva, Takde Adab…Penaja MeleTOP Kesal Diperlekeh Oleh Neelofa

Dalam temu bual tersebut, Diana Amir dan Kumpulan Saujana mendedahkan lagi tentang segala aktiviti dan saluran untuk orang ramai menyampaikan menderma kepada misi kemanusiaan yang giat diusahakan oleh mereka.

Jom ramai-ramai derma…

Namun tatkala Neelofa menyebut semula nama Irma Hasmie, Nabil pula kelihatan tak senang duduk bagai ada sesuatu yang mengganggu dirinya.

Terdahulu, Nabil Ahmad dan Irma Hasmie pernah menjalinkan hubungan cinta namun hanya seketika sebelum menemui teman hidup masing-masing.

Nabil tak keruan lepas dengar nama Irma Hasmie (Minit ke 4 : 34)

Netizen juga menyedari reaksi tak senang duduk Nabil sekaligus merasakan apa yang ditunjukkan Nabil agak melucukan.

Nabil kene setepek…Selalu dia je membahan Lofa

Lofa kenakan slow je tapi Nabil ‘terkulat-kulat’ jadinya

Patutlah Nabil tak senang duduk…Lupa yang Irma tu ex dia

Sumber : Instagram MeleTOP dan Youtube MeleTOP

Apa Komen Anda?