Isu Semasa

[VIDEO] Nekad Selamatkan Anak Majikan Di Tragedi Beirut, Keberanian Maid Dipuji

[VIDEO] Nekad Selamatkan Anak Majikan Di Tragedi Beirut, Keberanian Maid Dipuji

Sharing is caring!

Baru-baru ini, kecoh tentang insiden ngeri di Pelabuhan Beirut, Lubnan dan dikatakan berpunca daripada baja kimia yang disimpan bertahun-tahun di dalam sebuah gudang. Tragedi yang berlaku itu bukan sahaja mengakibatkan kerosakan kawasan sekitar malah membuatkan puluhan nyawa manusia melayang. Bahkan sejak semalam, tular banyak video rakaman di media sosial yang dimuat naik oleh orang awam berkenaan dengan kejadian tersebut.


BACA: Nyaris Hilang Nyawa Kerana Anak Autisme Jerut Leher, Netizen Luah Rasa Simpati

Video CCTV rakam tindakan pantas orang gaji …Selamatkan anak majikan daripada insiden berkenaan

Menerusi entri di Twitter, seorang lelaki juga telah berkongsi sebuah rakaman CCTV yang menunjukkan tindakan pantas seorang pembantu rumah wanita berasal daripada Afrika Selatan menyelamatkan anak majikannya. Sebelum kejadian tersebut, maid berkenaan dilihat sedang sibuk membersihkan kawasan balkoni rumah. Walau bagaimanapun, dia bergegas lari dan seolah-olah nekad menggadaikan nyawa sendiri demi membawa masuk kanak-kanak terbabit setelah melihat tempias letusan di ruang tersebut.


Wanita yang sangat berani & pantas bertindak selamatkan kanak-kanak perempuan itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian pembantu rumah tersebut yang berjaya menyelamatkan anak majikannya. Malah, mereka turut mengatakan bahawa kedua-dua individu itu bernasib baik kerana terselamat daripada tempias letusan berkenaan. Video yang dimuat naik ini telah berjaya meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan.


[VIDEO] Nekad Selamatkan Anak Majikan Di Tragedi Beirut, Keberanian Maid Dipuji

[VIDEO] Nekad Selamatkan Anak Majikan Di Tragedi Beirut, Keberanian Maid Dipuji

[VIDEO] Nekad Selamatkan Anak Majikan Di Tragedi Beirut, Keberanian Maid Dipuji

Sumber: Twitter santoshkr_08

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!