[VIDEO] “Ni Bukan Ben Amir, Ni Ben Ate!” – Parodi Syaiful Zero Cuit Hati Ramai!

Bagi yang mengikuti program hiburan Muzikal Lawak Superstar (MLS), pastinya sudah mengenali setiap pasukan yang bertanding untuk merebut gelaran juara pada minggu hadapan. Ternyata persembahan yang dibawakan oleh masing-masing pada setiap minggu semakin mendapat tumpuan ramai peminat. Dan antara yang masih menjadi bualan hangat di media sosial adalah sketsa kumpulan Voices yang berganding dengan Syaiful Zero pada minggu lepas. 

BACA: “Amik Kau, Kan Dah Mendapat!” – Watak Cempaka ‘Sweet Dreams’ Buat Ramai Geram

Ben Amir datang buat dikir barat

Dengan tema ‘Hub Pelancongan’, kumpulan ini telah mengetengahkan budaya dikir barat dalam sketsa minggu ke-8 program tersebut. Tapi penampilan sebagai aktor utama drama ‘Sweet Dreams’, iaitu Ben Amir yang dibawa oleh artis jemputan mereka nyata berjaya curi tumpuan ramai.

Ni bukan sweet dreams…jadi nightmare dah

Kemunculannya yang sangat persis pada sekeping foto di Instagram pelakon itu nyata berjaya mencuit hati ramai, khususnya para peminat drama fenomena tersebut. Rata-rata mereka berseloroh bahawa gelagat lucu Syaiful langsung tidak pernah mengecewakan seperti dalam musim Maharaja Lawak Mega sebelum ini. Dalam pada itu, Voices bakal berentap dengan 5 lagi kumpulan dalam pentas separuh akhir rancangan tersebut pada malam ini.

Sumber: IG zonlawak

Apa Komen Anda?