‘Video Ni Mengingatkan Aku Dengan Pakwe Dulu, Dah Jerit Pun Takde Orang Tolong’

Beberapa video memperdengarkan suara seorang perempuan yang menjerit dan meraung telah tular di Twitter baru-baru ini setelah dikongsikan seorang gadis bernama Qian Xing. Video yang dirakamkan di sebuah kawasan perumahan apartment pada waktu malam itu telah mengundang rasa cemas ramai netizen apabila jeritan yang kedengaran dalam rakaman itu seolah-olah menggambarkan keadaan seorang perempuan yang sedang berhadapan dengan situasi buruk. 

BACA: ‘Instinct Perempuan Memang Hebat, Apa Saja Yang Lelaki Sorok Mesti Dia Tahu..’

Aku tak tahu apa jadi. Perempuan menjerit

Aku takut.. apa yang jadi kat perempuan tu

Guard periksa bangunan, perempuan tu dah takde

Gadis ini bagaimanapun berasa sangat bersalah kerana menganggap dirinya lambat mendapatkan bantuan. Ini kerana pihak keselamatan tempat tinggal itu telah memeriksa keseluruhan bangunan selepas menerima aduan daripadanya namun punca jeritan itu gagaI dijumpai.

Video ni mengingatkan aku macam mana aku jerit minta tolong dulu

Susulan kejadian itu, seorang gadis telah terpanggil untuk menceritakan pengalaman buruknya yang pernah berhadapan situasi seperti itu. Selepas menonton video tersebut, gadis ini telah terimbau kenangan saat dia pernah bergelar teman wanita kepada seorang lelaki panas baran. 

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, dia pernah menjerit sekuat hati dan membuat bising dengan cara membalingkan banyak barang ke arah dinding untuk menarik perhatian jiran. Namun malangnya tiada seorang pun yang datang untuk membebaskan dia daripada sikap ‘buas’ teman lelakinya saat itu.

Sampai takut nak keluar rumah. Pernah ugut nak Ianggar kereta 

Malah gadis ini juga pernah berasa trauma dan takut untuk keluar di tempat awam memandangkan lelaki itu pernah mengugut untuk meIanggar keretanya. Kini, setelah setahun berlalu dan mereka telah pun berpisah. Namun gadis ini mendedahkan bahawa dia pernah mendapat panggilan tak berjawab dari satu nombor tak dikenali. Setelah diperiksa rupanya lelaki itu yang menghubunginya. 

Gambar sekadar hiasan

Kenapa sibuk nak tahu khabar aku padahal dah kahwin

Selain cuba untuk menghubunginya melalui panggilan, lelaki itu juga pernah menghantar emel kepadanya semata-mata untuk bertanyakan khabar sedangkan ketika itu dia sudah mempunyai isteri. 

Gadis ini turut meluahkan bahawa perkara yang paling ditakutinya ketika bersama lelaki itu adalah memikirkan risiko sekiranya dia melarikan diri daripada hubungan itu. Perkara ini juga tidak dikongsikannya dengan sesiapa ketika itu kecuali selepas mereka sudah berpisah kini. 

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter qianxing_,  seenoreeta

Apa Komen Anda?