Family Keibubapaan

[VIDEO] “Ni Mummy Saya” – Reaksi Spontan Maryam Bukti Bahagia Dengan Mak Tiri

[VIDEO] “Ni Mummy Saya” – Reaksi Spontan Maryam Bukti Bahagia Dengan Mak Tiri

Sejak diijab kabulkan pada 21 Oktober lalu, Fizo Omar dan Fazeera Nazri Aziz sering menjadi sorotan ramai peminat. Lebih indah, pelakon drama ‘Adellea Sofea’ ini malah bersyukur apabila perkahwinan dengan bekas pramugari tersebut mendapat ‘lampu hijau’ daripada puteri tercintanya, Wan Maryam Wan Hafizol.

BACA: [VIDEO] Anak Akui Jatuh Cinta Pada Anak Wawa Zainal, Tak Sangka Ini Respon Anju

Walaupun baru kenal setahun…tapi Cik Yam rapat sangat dengan Mummy

Terdahulu Fizo Omar mengenali isterinya itu dalam tempoh PKP, sebelum ambil keputusan untuk menikahinya. Namun apa yang paling mencuri tumpuan peminat adalah kemesraan yang ditampilkan oleh Wan Maryam terhadap ibu tirinya. Meskipun cuma mengenali Fazeera dalam tempoh singkat iaitu setahun seperti ayahnya juga, tetapi kedua-duanya cukup rapat apabila bersama.


@ceritaartismalaysia

Alahai sweetnya cikyam panggil mummy 😍 #fyp #fizofazeera

♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

Alahai Cik Yam…ni mummy saya, ni daddy saya

Terbaru menerusi IG Story miliknya, Fizo Omar memuat naik sebuah video memaparkan detik bersama isteri dan anaknya ketika bertandang ke sebuah restoran. Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah Maryam dilihat sangat teruja memperkenalkan daddy dan mummy sambil memegang tangan masing-masing. Reaksi wajah Fazeera waktu itu juga cukup menggambarkan bahawa dirinya mesra dengan si cilik tersebut.

@ceritaartismalaysia

Alahaiii comelnyaaa Cikyammm 😍😍 #fizofazeera #fizoomar #cikyam #fyp

♬ DJ Bahagia Aku Bila Bersama Mu – Yudha Paramata

Budak-budak tak menipu kalau dia betul sayang… mesti tersentuh & rasa dihargai Mummy dia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat Maryam senang hati di samping ibu tirinya. Selain memuji Fazeera susulan mempunyai karakter mak penyayang, mereka turut berpendapat bahawa kegembiraan dirasai Cik Yam sangat asli gara-gara budak seumurnya jarang sekali menipu.

[VIDEO] “Ni Mummy Saya” – Reaksi Spontan Maryam Bukti Bahagia Dengan Mak Tiri


[VIDEO] “Ni Mummy Saya” – Reaksi Spontan Maryam Bukti Bahagia Dengan Mak Tiri

[VIDEO] “Ni Mummy Saya” – Reaksi Spontan Maryam Bukti Bahagia Dengan Mak Tiri

[VIDEO] “Ni Mummy Saya” – Reaksi Spontan Maryam Bukti Bahagia Dengan Mak Tiri


Sumber: TikTok  & IG fizoomar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “Ni Mummy Saya” – Reaksi Spontan Maryam Bukti Bahagia Dengan Mak Tiri

Facebook

Telegram