[VIDEO] Nikah Paling Comel, Mak Pengantin Terpaksa Demo Anak Kucup Dahi Isteri!

Tidak dinafikan, antara moment yang paling gemuruh dalam hidup adalah sewaktu diijab kabulkan dengan teman yang bakal bersama hingga ke akhir hayat nanti. Saban tahun, ada sahaja adegan yang menarik perhatian ramai seperti video yang dirakam oleh jurugambar bernama Mustakhim Razif ini. Pada 8 Jun yang lalu, dia berkesempatan merakam suasana pernikahan lucu rakan baiknya, Noordin bersama isterinya Afifah.

BACA: Takut Kelam-Kabut Di Hari Pernikahan Nanti? Bakal Pengantin Wajib Tahu Tips Ini

Gara-gara terlalu malu untuk mengucup dahi isteri pada ketika itu, ibu kepada pengantin lelaki ini telah tergerak untuk bangun dan melakukan demonstrasi kepada anaknya itu. Video tersebut kemudiannya telah viral di laman Twitter dengan lebih 18 ribu retweet setakat ini.

Bila mak pengantin terpaksa demo cara nak k1ss dahi…tapi isteri pula belum ready

Walaupun ramai yang terhibur dengan gelagat ibu yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga mereka, pernikahan itu berjaya diselesaikan dan disambut meriah oleh sanak-saudara dan rakan-rakan yang hadir.

Foto sekitar pernikahan Noordin & Afifah

Netizen turut menyatakan rasa gembira mereka apabila melihat aksi comel dalam video yang tular tersebut.

Dia segan tu…haha comelnya!

Tahniah…semoga kekal hingga ke akhir hayat

Sumber: Twitter MustakhimRazif & FB Ummul Afifiah

Apa Komen Anda?