Viral

[VIDEO] Nyamar Jadi Budak Kampung, Lepas Tayang Kaya Baru Terhegeh Datang Balik

[VIDEO] Nyamar Jadi Budak Kampung, Lepas Tayang Kaya Baru Terhegeh Datang Balik

Dalam mencari cinta sejati, perjalanan yang terpaksa seseorang hadapi bukanlah suatu perkara mudah. Meskipun ikhlas dan teruja untuk berkenalan dengan orang baru, kadangkala mereka terus bertepuk sebelah tangan ataupun ditinggalkan begitu sahaja tanpa khabar atas banyak faktor antaranya melibatkan rupa paras mahupun darjat kekayaan. Persis dengan kisah seorang gadis ini, hasrat untuk mengenali seorang lelaki akhirnya bertukar hampa hanya kerana memperkenalkan dirinya sebagai ‘orang kampung’ biasa.

BACA : [VIDEO] 4 Tahun Bercinta, Gadis Melalak Dapat Tahu Wali Lari Di Hari Pernikahan

Tak balas chat 2 hari, lepas tahu status sebenar terus terhegeh

Awalnya, dia seakan-akan ‘menyamar’ dan tidak mendedahkan statusnya yang sebenar terlebih dahulu. Mungkin merasakan gadis tersebut ‘biasa-biasa’ sahaja, lelaki berkenaan dikatakan tidak membalas mesej selama 2 hari berturut-turut. Namun begitu, dia tiba-tiba berubah setelah mengetahui gadis ini merupakan seorang yang sangat bekerjaya. Bukan sahaja terpelajar, malahan Kanah Nurhasanah mendedahkan dirinya seorang businesswoman. Padan sahaja dia dilihat berkemampuan pergi melancong ke luar negara selain memiliki wajah yang cukup cantik.

@kanah_nurhasanah

pas udah tau sayaa pengusahaa langsung care banget ;( #fypage #fypdong #SumpahAkanBerubah #Lazada1111 #fypシ #goodmoodtiaphari #bucin #fypgakni #bIsnis

♬ original sound – Ewin – Ewin

Angkat kaki je sis, lelaki nak tumpang hidup perempuan

Dedahnya lagi, lelaki terbabit terus memberikan layanan dengan sangat baik selain mengajak Kanah datang ke rumahnya. Dalam sekelip mata, dia sedaya-upaya memenangi hati gadis yang pernah diabaikan sebelum ini. Bagi pemilik akaun TikTok tersebut, ia tidak seharusnya berlaku memandangkan semua manusia sama saja tarafnya di mata Tuhan. Dalam pada itu, netizen berharap dia tidak terjatuh hati kerana beranggapan lelaki berkenaan hanya mahu menumpang kesenangan sahaja.

[VIDEO] Nyamar Jadi Budak Kampung, Lepas Tayang Kaya Baru Terhegeh Datang Balik

[VIDEO] Nyamar Jadi Budak Kampung, Lepas Tayang Kaya Baru Terhegeh Datang Balik

[VIDEO] Nyamar Jadi Budak Kampung, Lepas Tayang Kaya Baru Terhegeh Datang Balik

Sumber : TikTok kanah nurhasanah

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Nyamar Jadi Budak Kampung, Lepas Tayang Kaya Baru Terhegeh Datang Balik

Facebook

Telegram