Viral

[VIDEO] Nyanyi Lagu ‘Sedetik Lebih’, Suara Lunak Gadis Cina Ini Dipuji Netizen

[VIDEO] Nyanyi Lagu ‘Sedetik Lebih’, Suara Lunak Gadis Cina Ini Dipuji Netizen

Tak kiralah umur, jantina atau bangsa, setiap orang pasti mempunyai bakat tersembunyi yang tersendiri. Daripada memasak, melukis hinggalah menari, pasti ada sahaja yang boleh dilakukan dengan sempurna asalkan selalu berlatih dan mengasahkan bakat tersebut. Begitu juga sebuah video tular di laman media sosial memaparkan bakat luar biasa yang ditonjolkan oleh seorang gadis berbangsa Cina baru-baru ini.

BACA: “Ayah Kepada Anak Saya” -Puji Bakal Suami, Mira Filzah Umum Nikah Minggu Depan

Nyanyi lagu Anuar Zain tanpa pelat, ada bahagian off-key tapi tetap lunak

Menerusi Twitter @teacupNcookie, gadis yang dikenali sebagai Fella menyanyikan lagu ‘Sedetik Lebih’ oleh Anuar Zain di hadapan guru muziknya dengan begitu merdu. Walaupun Bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda gadis berkenaan, dia mampu mendendangkannya dengan lancar serta tidak kedengaran sedikit pelat sekali pun. Walau bagaimanapun, Fel mengakui terdapat beberapa bahagian yang dinyanyikan dalam nada off-key secara tidak sengaja.

[VIDEO] Nyanyi Lagu ‘Sedetik Lebih’, Suara Lunak Gadis Cina Ini Dipuji Netizen

Rasa macam seorang mak yang bangga pulak, sedapnya suara awak… macam nilah Anak Malaysia

Di ruangan komen, video berdurasi 1 minit 35 saat itu meraih pelbagai reaksi netizen. Rata-rata mereka memuji kelunakan suara Fella dan meluahkan rasa kagum dengan kelancaran sebutannya ketika menyanyikan lagu tersebut. Sejak dikongsikan beberapa hari lepas, rakaman video berkenaan mendapat lebih 230 ribu tontonan dan 8 ribu retweets setakat ini.


[VIDEO] Nyanyi Lagu ‘Sedetik Lebih’, Suara Lunak Gadis Cina Ini Dipuji Netizen

[VIDEO] Nyanyi Lagu ‘Sedetik Lebih’, Suara Lunak Gadis Cina Ini Dipuji Netizen


[VIDEO] Nyanyi Lagu ‘Sedetik Lebih’, Suara Lunak Gadis Cina Ini Dipuji Netizen

[VIDEO] Nyanyi Lagu ‘Sedetik Lebih’, Suara Lunak Gadis Cina Ini Dipuji Netizen [VIDEO] Nyanyi Lagu ‘Sedetik Lebih’, Suara Lunak Gadis Cina Ini Dipuji Netizen


Sumber: Twitter teacupNcookie

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Nyanyi Lagu ‘Sedetik Lebih’, Suara Lunak Gadis Cina Ini Dipuji Netizen

Facebook

Telegram