Viral

[VIDEO] “Okey Abang Wan”-Baru Nak Interview, Wartawan Barai ‘Dipalau’ Azwan Ali

[VIDEO] “Okey Abang Wan”-Baru Nak Interview, Wartawan Barai ‘Dipalau’ Azwan Ali

Sharing is caring!

Meskipun sudah kurang aktif melibatkan diri dalam dunia hiburan tempatan, nama Azwan Ali tidak perlu diperkenalkan lagi. Penampilan serta cara percakapannya memang selalunya sedikit ‘pedas’, namun gelagatnya tatkala muncul di kaca televisyen sering mencuri tumpuan ramai. Terbaru juga, seorang wartawan berkesempatan untuk menemu ramah pengacara tersohor itu di sebuah event. Namun baru saja hendak meneruskan tugas, ada pula perkara lucu yang terjadi.


BACA : [VIDEO] Berdekah Gelak, Wartawan Tak Sengaja On Filter Wajah Masa Tengah Live

Wartawan ketawa berdekah tiba-tiba kena ‘palau’ dengan Azwan Ali

Beberapa jam lalu menerusi Instagram mStar, mereka telah memuat naik sebuah video ketika wartawan lelaki bernama Tuan Hafis sudah bersedia untuk membuat interview dengan Diva AA. Apabila rakaman kamera sudah dimulakan, dia memulakan sapaan awal dengan menggelarkan Azwan Ali sebagai ‘Abang Wan’. Tapi tak sampai beberapa saat, dia seakan-akan terpaksa menahan malu sambil tergelak besar apabila selebriti berkenaan tiba-tiba berlalu pergi dari situ.


Tersohor macam tu panggil Abang Wan…Panggillah diva

Meraih hampir 100 ribu jumlah tontona sejak dikongsikan, nyatakan video itu telah menghiburkan netizen. Di ruangan komen posting berkenaan, mereka juga merasa lucu dengan respon wajah wartawan setelah ‘dipalau’ oleh Azwan Ali. Ada juga yang berseloroh dia seharusnya memulakan interview dengan menggelarnya sebagai ‘Diva’ dan bukannya ‘Abang Wan’.


[VIDEO] “Okey Abang Wan”-Baru Nak Interview, Wartawan Barai ‘Dipalau’ Azwan Ali

 

[VIDEO] “Okey Abang Wan”-Baru Nak Interview, Wartawan Barai ‘Dipalau’ Azwan Ali

[VIDEO] “Okey Abang Wan”-Baru Nak Interview, Wartawan Barai ‘Dipalau’ Azwan Ali

[VIDEO] “Okey Abang Wan”-Baru Nak Interview, Wartawan Barai ‘Dipalau’ Azwan Ali

Sumber : Instagram mStar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini