Viral

[VIDEO] Oyen Rembat Ayam Dalam Pinggan, Lawak Bila Tuan Rampas & Makan Balik

[VIDEO] Oyen Rembat Ayam Dalam Pinggan, Lawak Bila Tuan Rampas & Makan Balik

Memiliki kucing peliharaan berwarna oren sering menjadi pilihan pencinta si comel. Namun, jangan pula tertipu dengan rupa kucing ini. Ramai sering berkongsi tentang perangainya yang sangat nakal. Haiwan yang popular dengan gelaran ‘oyen’ itu sekali lagi menjadi perhatian apabila tular di media sosial.

BACA: Oyen Sesat Selamba Terkangkang Masuk Rumah Orang, Rupanya Family Tak Minat Jaga

Tuan tak tengok, terus rembat ikan dalam pinggan

Menerusi satu perkongsian di Tiktok oleh @ekosaputra, haiwan peliharaannya yang berwarna jingga dilihat sempat ‘merembat’ seketul ikan goreng di dalam pinggan makanan milik tuannya. Pemuda berkenaan yang ketika itu sedang memandang ke arah lain tidak menyedari sama sekali tentang kelakuan nakal haiwan peliharaannya. Malah si comel berkenaan turut dilihat berkelakuan seperti biasa sewaktu pemiliknya mencari keberadaan makanan tersebut.


@ekosaputra20

Pesan moral ya, Hati” dengan kucing anda #fyp

♬ bunyi asal – Ardy – Ardy

Eh dia boleh makan balik bekas kucing tu gigit tadi

Walau bagaimanapun, lebih mencuit hati apabila jejaka berkenaan berjaya menjumpai kembali makanan yang telah disorok oleh kucingnya. Tanpa membuang masa, dia dengan selamba makan ketulan ikan tersebut tanpa rasa was-was.

[VIDEO] Oyen Rembat Ayam Dalam Pinggan, Lawak Bila Tuan Rampas & Makan Balik

 

Pencinta kucing memang macam tu. Bekas dia juga dilahap

Video yang telah mendapat lebih satu juta tontonan dan 200,000 likes itu ternyata berjaya membuat netizen geli hati melihatnya. Rata-rata netizen dilihat terhibur dengan gelagat si oyen bersama tuannya dan ada juga mempersoalkan gelagat jejaka berkenaan yang makan kembali makanan digigit kucingnya.


[VIDEO] Oyen Rembat Ayam Dalam Pinggan, Lawak Bila Tuan Rampas & Makan Balik [VIDEO] Oyen Rembat Ayam Dalam Pinggan, Lawak Bila Tuan Rampas & Makan Balik

[VIDEO] Oyen Rembat Ayam Dalam Pinggan, Lawak Bila Tuan Rampas & Makan Balik

 

Sumber: Tiktok Ekosaputra20


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Oyen Rembat Ayam Dalam Pinggan, Lawak Bila Tuan Rampas & Makan Balik

Facebook

Telegram