Family Viral

[VIDEO] Padah ‘Buat’ Adik, Budak Lelaki Didenda Ibunya Bergelek Sambil Nangis

[VIDEO] Padah ‘Buat’ Adik, Budak Lelaki Didenda Ibunya Bergelek Sambil Nangis

Sharing is caring!

Setiap ibu bapa sudah pasti mempunyai cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anak kesayangan mereka apabila mereka melakukan kesalahan. Salah satunya adalah mendenda mereka dengan cara yang tidak melampau supaya kanak-kanak dapat memahami akan setiap kesalahan yang dilakukannya. Malahan, cara ini juga dapat membentuk dan menerapkan tahap disiplin yang baik dalam diri sejak kecil lagi.

BACA: Pelajar Nekad Gantung Diri Pada Kipas, Pernah Tertekan Sebab Malu Didenda Guru

Menangis kena denda dengan si ibu

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter bernama @IniAlannn telah berkongsi sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun menangis didenda oleh ibunya. Berdasarkan paparan tersebut, kanak-kanak lelaki itu dikenakan hukuman akibat berkelakuan buruk terhadap adiknya. Namun begitu, apa yang disuruh oleh ibunya nyata jauh sekali berbeza dengan denda yang sering kita dengar selama ini.


[VIDEO] Padah ‘Buat’ Adik, Budak Lelaki Didenda Ibunya Bergelek Sambil Nangis

Gelek sambil menangis

Pada mulanya kanak-kanak yang sudah mula menangis itu disuruh menghadap dinding. Selepas disoal ibunya mengapa dia melakukan hal tersebut, budak itu kemudiannya disuruh untuk bergelek tanpa hentui. Walaupun sedang menangis teresak-esak, dia menuruti sahaja arahan berikut. Seperti menyesal dengan perbuatannya, si cilik itu turut meminta maaf sebelum dipujuk oleh ibunya.

Macam mana mak dia tahan gelak

Menerusi posting tersebut, ramai terhibur melihatkan gelagat spontan tersebut. Malah sehingga kini, video berikut telah pun meraih lebih daripada 13 ribu retweets. Rata-rata netizen tidak tahu sama ada harus gelak atau merasa simpati melihat kanak-kanak lelaki berkenaan. Ada yang turut berseloroh akan melakukan perkara sama apabila sudah menjadi ibu bapa kelak.


[VIDEO] Padah ‘Buat’ Adik, Budak Lelaki Didenda Ibunya Bergelek Sambil Nangis [VIDEO] Padah ‘Buat’ Adik, Budak Lelaki Didenda Ibunya Bergelek Sambil Nangis [VIDEO] Padah ‘Buat’ Adik, Budak Lelaki Didenda Ibunya Bergelek Sambil Nangis

Sumber: Twitter IniAlannn


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Padah ‘Buat’ Adik, Budak Lelaki Didenda Ibunya Bergelek Sambil Nangis

Sharing is caring!