[VIDEO] Padu Bawa Lagu TokTi, Apex Tajudin Tepati Ramalan Ke Pentas Akhir

Semalam telah menyaksikan minggu separuh akhir bagi program realiti Mentor Milenia 2019. Bertemakan satu lagu ‘slow‘ dan satu lagu ‘rancak’, para peserta menampilkan persembahan sangat menarik bagi merebut tempat ke pentas akhir yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Sekali lagi, protege kepada Mentor Hazama iaitu Apex Tajudin telah berjaya merampas juara mingguan buat kali keempat.

BACA: Cemas Bila Kena Prank Dengan Hazama, Apex Kekalkan Prinsip Tak Sentuh Wanita

Berjaya bawa lagu Tokti

Advertisement

Apex Tajudin telah mempersembahkan nyanyian yang sangat merdu menerusi lagu ‘Diari Hatimu’ nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan juga ‘Dinda’ nyanyian oleh Masdo. Juri tetap terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat dan juga Altimet bersetuju lelaki ini merupakan peserta yang paling konsisten dengan persembahannya. Pemuda tersebut juga turut dipuji kerana sentiasa berani menyahut cabaran yang telah diberikan bagi menampilkan kelainan setiap minggu. 

Advertisement

Layak ke pentas akhir Mentor Milenia 2019

Kemenangannya dalam merangkul juara mingguan telah meletakkan dirinya sebagai peserta yang layak bertanding di pentas akhir program tersebut bersama tiga lagi peserta lain iaitu Rika Riana (Stacy), Daus Husny (Ernie) dan juga Aedy Kama (Black). Manakala tiga lagi peserta lain telah pun tersingkir dalam pusingan semalam. 

Advertisement

Tak puas dengar Apex nyanyi ‘Diari Hatimu’ pendek sangat

Rata-rata netizen memuji nyanyiannya yang dikatakan mempunyai kelas serta aura yang tersendiri. Malah ramai juga yang turut membuat ramalan awal lelaki ini bakal bergelar juara bagi Mentor musim ini. Video persembahannya semalam telah pun mencecah 23,000 jumlah tontonan di Youtube. 

Advertisement

 

Sumber: Youtube TV9 Malaysia Official 

 

Advertisement

 

Apa Komen Anda?