Sekitar minggu lalu, kita telah dikejutkan oleh berita tentang seorang ustaz selebriti, PU Abu yang tergamak mencera1kan isteri hamilnya demi menikahi seorang janda. Perkara tersebut seakan membangkitkan marah rakyat Malaysia yang menyifatkan perbuatannya sebagai tidak bertanggungjawab. Dalam pada itu, dia belum lagi membuat kenyataan penuh tentang k0ntroversi yang melanda rumah tangganya itu. Namun pagi tadi, dia baru baru sahaja tiba di KLIA dan kelihatan terkejut apabila diserbu oleh pihak wartawan.
Baca : Sis Memang Emo Sikit Bab Ni- Pernah Dicera1kan, Farah Lee Sindir PU Abu?
Tatkala dia sedang duduk menunggu rakan menjemputnya di lapangan terbang tersebut, PU Abu terus bangun dan beredar apabila wartawan Mstar cuba menemubual ustaz selebriti tersebut bagi mendapatkan jawapan sebenar.
Dikejar sehingga ke tempat mengambil dan menurunkan penumpang, PU Abu dilihat seperti berkeras untuk membuka mulut. Tatkala wartawan bertanyakan tentang status perkahwinan bersama janda, Hanna Azra, ustaz selebriti tersebut bagaikan terkedu dan enggan memberikan jawapan.
Tetapi PU Abu hanya memaklumkan bahawa segala kebenaran tentang gelodak rumah tangganya hanya diketahui oleh keluarga dan pihak bekas isterinya sahaja. Dia juga tidak akan melayan mana-mana desakan pihak dan hanya membuka mulut setelah berbincang dengan ayahnya.
PU Abu enggan beri ulasan tentang kontr0versi rumah tangga…
Sumber : YouTube Mstar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
![Kisah Dunia [VIDEO] Panas! PU Abu Lari Dari Wartawan Setelah Tiba Di KLIA, Tapi…](https://pnews.space/wp-content/uploads/2020/06/pnews.space-d397ded5566d26d0ff425878996136e7.jpg)