[VIDEO] Parodi Iklan ‘Trivago’ Lelaki Ini Lawak Habis, Maya Karin Pun Terhibur!

Sebagai rakyat Malaysia, kita pastinya sudah amat sebati dengan iklan Trivago khususnya bila melihat kemunculan seorang gadis bernama Dahlia Shazwan. Percaya mahupun tidak, iklan ini terus-terusan menjadi kegemaran ramai terutamanya golongan kanak-kanak walaupun ia bersifat ringkas sahaja. Tidak ketinggalan, seorang lelaki bernama Aween Adly juga sempat membuat parodi iklan ini dengan versinya sendiri. Maya Karin telah berkongsikan video itu di Instagramnya.

Baca : [VIDEO] 4 Tahun Jadi Miss Trivago,Dahlia Shazwan Dedah Kerja Belakang Tabir

View this post on Instagram

Bodoh 😂 #999 @aweenadly

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

Dengan mengucapkan dialog yang lebih kurang sama, Aween mula memegang cawan dan memulakan aksi parodi Trivagonya.

“Hotel kegemaran saya di Labuan? Hotel tiada…”

Suasana bertambah lucu apabila kamera terus tertumpu kepada rakan-rakannya yang sudah berselubung di atas katil pusat penginapan tersebut.

“Kenapa bayar lebih kalau kawan-kawan boleh bayarkan?”

Mendapat sekitar 248,000 jumlah tontonan, ramai juga netizen yang terhibur dengan gelagat sahabat-handai ini.

Memang lawak sketsa komedi petang ini…

Lawak dia tak boleh bla lah…Lawak eh?

Adoi pecah perut gelak ni…Hahahahhaha

Sumber : Instagram Maya Karin

Apa Komen Anda?