Viral Hiburan

[VIDEO] Parodi Lucu Minggu Orientasi, Ramai Annoying Dengar Ayat Tipikal Fasi

[VIDEO] Parodi Lucu Minggu Orientasi, Ramai Annoying Dengar Ayat Tipikal Fasi

Sharing is caring!

Kebiasaannya, terdapat 2 kenangan yang sukar dilupakan di universiti atau kolej. Selain graduasi, moment orientasi pada minggu pertama menjejakkan kaki di kampus pastinya disifatkan sebagai tempoh yang agak penat sampai ada pelajar yang tak cukup tidur. Masa ni, macam-macam aktiviti perlu dibuat termasuklah soal pendaftaran. Sekiranya ada perasaan menyampah dengan senior atau fasilitator sepanjang tempoh orientasi tersebut memang normal, sebab merekalah yang akan ‘mengarah’ kita ke sana sini.

BACA: Kalau Dah Grad Lagi Susah Nak Cari, Student Universiti Disaran Cari Jodoh Cepat

[VIDEO] Parodi Lucu Minggu Orientasi, Ramai Annoying Dengar Ayat Tipikal Fasi
Gambar sekadar hiasan

Perangai tipikal abang akak fasi minggu orientasi…habis semua ‘dibahan’ dalam parodi gadis ni

Menerusi sebuah video yang hangat tular di aplikasi TikTok, gadis dikenali sebagai Batrisyia ini telah membuat parodi tentang perangai serta ayat yang selalu dilontarkan oleh para fasilitator di kebanyakan universiti. Daripada sesi perkenalan diri, merungut jika ada pelajar tak ikut arahan serta senaman pagi, semuanya ditonjolkan oleh gadis tersebut dalam nada yang cukup lucu. Siapa sangka, video berdurasi 59 saat itu telah meraih lebih 200 ribu views setakat ini.


@applekwumble

every local school/uni student’s post traumatic stress. korang pernah jumpa faci macam mana? #tiktokmalaysia

♬ original sound – batrisyia 🚀 – batrisyia 🚀

Asyik buat chicken dance macam takda senaman lain…tak habis-habis dengan ayat korbankan cuti semester tu

Menjengah ke ruang komen, netizen seakan-akan boleh relate dengan semua situasi yang diketengahkan oleh gadis tersebut. Selain terhibur ‘Chicken Dance‘ masih digunakan sebagai sesi senaman hingga tahun ini, mereka turut berseloroh tentang ayat rungutan yang biasa diungkapkan para fasilitator.

[VIDEO] Parodi Lucu Minggu Orientasi, Ramai Annoying Dengar Ayat Tipikal Fasi

[VIDEO] Parodi Lucu Minggu Orientasi, Ramai Annoying Dengar Ayat Tipikal Fasi


[VIDEO] Parodi Lucu Minggu Orientasi, Ramai Annoying Dengar Ayat Tipikal Fasi

Sumber: TikTok applekwumble


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini