[VIDEO] Pelajar ‘Tong’ Duit Beli Hadiah Perpisahan, Reaksi Guru Jadi Perhatian

Sewaktu di alam persekolahan, pasti ramai yang mencoret kenangan serta memori indah bersama rakan-rakan serta tenaga pengajar. Lebih-lebih lagi kalau mendapat guru yang sangat sporting dalam melayani kerenah para pelajar. Tak ubah seperti seorang guru lelaki ini yang reaksinya menjadi tular di laman Twitter setelah mendapat hadiah pemberian anak-anak muridnya di sekolah. 

BACA: Sering Dihina Pasal Majlis Graduasi Murid, Guru Luah Terkilan Sikap Masyarakat

Korang tengoklah reaction dia comelnya

Advertisement

Pemberian tersebut adalah merupakan hadiah perpisahan memandangkan guru yang selesa dipanggil Cikgu Zahar itu akan berpindah ke sekolah lain. Dengan penuh rasa teruja sambil dikelilingi kumpulan pelajar berkenaan, lelaki tersebut membuka hadiah beruba topi keledar yang diberikan sebelum akhirnya menitiskan air mata kerana merasa terharu. Figura itu turut menyarung helmet berkenaan sebagai tanda penghargaan. Rupa-rupanya, hadiah itu dibeli menggunakan wang yang telah dikumpul secara beramai-ramai. 

Kelas selalu kena marah dekat perhimpunan oleh cikgu-cikgu

Advertisement

Meskipun sering dimarahi dek kerana kenakalan mereka semua, namun lelaki berkenaan tetap menjadi guru kegemaran kumpulan pelajar tersebut. Difahamkan juga, guru itu telah mengajar mereka selama hampir 2 tahun sewaktu di tingkatan 3 dan juga 4. 

Advertisement

“Kalau cabut helmet jangan cabut otak sekali”

Rata-rata netizen turut terharu melihat reaksi guru tersebut tatkala menerima buah tangan yang sangat bermakna oleh anak didiknya. Mereka juga tumpang gembira melihat keriangan pelajar-pelajar berkenaan yang teruja sewaktu memberikan kejutan tersebut. 

Advertisement

Sumber: Twitter Sabrina 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?