Umum mengetahui apabila tibanya musim tengkujuh, negeri-negeri di sebelah Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu pasti akan terjejas teruk akibat banjir. Hujan lebat yang tidak berhenti menyebabkan kenaikan paras air berlaku dalam masa singkat sehingga terjadinya bencana alam tersebut. Dalam pada itu, antara yang turut terjejas akibat bencana itu adalah sepasang pengantin yang sedang dalam perjalanan ke tempat akad nikah.
BACA: Inai Masih Merah, Pengantin Terlibat Nahas Tak Sempat Hadir Majlis Bertandang
Air naik dengan agak cepat
Perjalanan mereka bagaimanapun tidak dapat diteruskan apabila kereta yang dinaiki mula dimasuki air sehingga ke paras dada. Kejadian yang berlaku di Batu 13, Hulu Besut tersebut pasti menjadi kenangan paling tidak dapat dilupakan buat Maizatul Akmal Moh Ramzi bersama bakal suaminya Aliff Taufiq Alin Azman. Ketika itu, kenderaan berkenaan dinaiki oleh empat orang penumpang termasuklah adik serta ibu pengantin perempuan.
Majlis pernikahan mereka sepatutnya berlangsung pagi semalam namun ditunda ke selepas Asar di rumah pengantin perempuan dalam majlis yang serba ringkas.
Advertisement📹 Aliff Aiman Amin (Adik pengantin lelaki) pic.twitter.com/OXKFnJX1UU
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 30, 2019
Diselamatkan orang kampung dengan menaiki bot
Dek kerana tersekat, mereka sekeluarga telah diselamatkan oleh sekumpulan orang kampung serta dipindahkan dengan menaiki sebuah bot. Pengantin perempuan yang masih dalam persalinan indah berwarna putih terpaksa akur apabila tidak dapat meneruskan majlis pernikahan tersebut seperti dirancang. Walau bagaimanapun, mereka berdua selamat diijabkabulkan di kediaman wanita berkenaan dalam majlis yang serba ringkas serta dengan hanya memakai pakaian biasa.


Sumber: Facebook Ayah Llah dan Twitter Bernama
Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI