Family Hiburan

[VIDEO] Pelat Laila Makin Lucu, Mona Pula Ketagih Novel ‘Laut I Miss You’

[VIDEO] Pelat Laila Makin Lucu, Mona Pula Ketagih Novel ‘Laut I Miss You’

Sharing is caring!

Meskipun baru masuk minggu ke-2 ditayangkan menerusi slot Lestari TV3, drama bertemakan kekeluargaan terbaru iaitu ‘Kampung People’ semakin mendapat perhatian ramai penonton. Mana tidaknya, ada sahaja gelagat yang aneh atau lucu ditonjolkan oleh semua ahli keluarga Razif ini. Meskipun pada awalnya mereka agak kekok untuk berpindah dari bandar dan tinggal ke kampung, namun sedikit demi sedikit mereka sudah berkenalan dengan ramai penduduk tempatan.

BACA:[VIDEO] Nasi Ada ‘Warna Kehidupan’, Taktik Masak Sedap Watak Mona Lucu Habis

Laila selalu ‘curi bone’…nak shopping tapi duit ‘siput’

Antara babak yang paling mencuri tumpuan dalam episod ke-6 semalam adalah gelagat Laila atau nama kampungnya Roziah yang terkenal dengan pelat English dalam percakapannya. Watak yang diterajui oleh pelakon baru Riena DFKL itu membuat ramai berdekah apabila dia selalu merungut tak cukup wang ‘gaji’ daripada ayahnya. Walaupun perangainya agak gedik, namun rakannya Jaafar sering memberikan bantuan dan persahabatan mereka makin terjalin erat.

Mona layan novel cinta…anak pula memasak di dapur


Dalam pada itu, ibunya, Mona pula merajuk apabila keluarganya sudah tidak lagi masakan asam pedas gara-gara sering menjadi menu hidangan makan malam di rumah. Susulan perkara itu, anak lelakinya (Amsyar) meracunnya untuk membaca sebuah novel cinta terlebih dahulu sebelum mengambil alih tugasan tersebut.

View this post on Instagram

ada byk lg sc yg buat hal 不不不不不不 .. tu blum lg scene org kampung不不不不 . Jgn lupa dating dgn kami team #kampungpeople ya . Keluarga #anehaneh akn menghantui anda bermula mlm ni .. slot lestary.. setiap rabu hingga Jumaat.. jam 9mlm hanya d #Tv3 agitchuuuuuu . Rugi klu x tgk .. anda akn ketawa sepnjng masa sbab #kampungpeople ni smua orgnya #anehaneh 不不不不 . Yg tgh besedih, yg tgh stress, yg tgh rengsekkkk, yg tgh marah.. yg tgh sunyi, yg tgh sakit hati, yg tgh lapa ,mehhhh tgk #kampungpeople .. pasti buat anda sakit perut ketawa smpai muka jd biru ala ala lebammmm camtoooo haaaaa 不不不不不 . Jgn lupa tau mlm ni .. 9mlm di #Tv3 #kampungpeople pommmmm手手 . @dramasangat #dramasangat #TV3Malaysia #KampungPeople #Lestary

A post shared by SaraAzlan (@iamellymazlein) on

Berdekah tengok…sweet pula Laila & Jekfer ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur terhadap kesemua gelagat yang ditonjolkan dalam drama tersebut. Dalam pada itu, ada juga yang memuji para pelakon kerana berjaya menampilkan lawak menjadi sekali gus berbeza dengan drama Melayu klise yang lain.

[VIDEO] Pelat Laila Makin Lucu, Mona Pula Ketagih Novel ‘Laut I Miss You’

[VIDEO] Pelat Laila Makin Lucu, Mona Pula Ketagih Novel ‘Laut I Miss You’


[VIDEO] Pelat Laila Makin Lucu, Mona Pula Ketagih Novel ‘Laut I Miss You’

[VIDEO] Pelat Laila Makin Lucu, Mona Pula Ketagih Novel ‘Laut I Miss You’

Sumber: IG hunhaqeem & iamellymazlein


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!