[VIDEO] “Pemergian Yang Dicemburui..” – Imam Rebah Semasa Baca Khutbah Jumaat

Tengah hari tadi, jemaah yang sedang menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Bukhary, Alor Setar telah dikejutkan seketika tatkala imam yang sedang khusyuk membacakan khutbah tiba-tiba rebah di mimbar masjid. Menurut Astro Awani, imam yang dikenali sebagai Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim pada awalnya kelihatan sihat sahaja dan tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan sebelum dan semasa menyampaikan khutbah tersebut. Kejadian tersebut turut sempat dirakam oleh jemaah ketika itu.

BACA: Rebah Waktu Mahu Solat Subuh, Ustaz Datuk Seri Abu Hassan Din Dijemput Illahi

Imam rebah & meninggaI semasa khutbah Jumaat

Sejurus kejadian tersebut berlaku, para jemaah terus bergegas mendapatkan beliau yang turut dilaporkan pengsan. Pasukan perubatan sempat tiba dan memberikan bantuan penafasan (CPR), namun begitu, beliau disahkan telah menghembuskan nafas terakhir.

Sekitar suasana di masjid sewaktu mengejarkan imam ke ambulans..

Ucapan khutbah yang terakhir disebut olehnya adalah “Bertakwalah kepada Allah”

Bagaimanapun khutbah tersebut disambung oleh imam kedua sehingga ke akhirnya.

Video penuh Khutbah Jumaat 3 Syawal Masjid Al Bukhory Alor Setar (minit 3:40)

Sumber: FB Mohd Sukri , Kamilah Amin & YouTube Astro Awani

Apa Komen Anda?