Viral

[VIDEO] “Penat Ada Abang Macam Ni..” – Aksi Lelaki Dinosaur Buat Ramai Terhibur

[VIDEO] “Penat Ada Abang Macam Ni..” – Aksi Lelaki Dinosaur Buat Ramai Terhibur

Sharing is caring!

Dianggarkan sebanyak 60 peratus telah mematuhi arahan daripada pihak atasan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak COVID-19. Meskipun terpaksa berkurung selama 14 hari buat masa ini, rata-ratanya akur demi kebaikan bersama. Namun arahan tersebut bukan sahaja dapat mencegah penularan virus, ia juga dapat menjadikan masyarakat lebih kreatif membuat menu baharu serta melakukan pelbagai aksi menarik sebagai hiburan di rumah.

BACA: Jahit Sendiri Dan Agih Mask Secara Free, Wanita Ini Ingin Balas Jasa Masyarakat

Penat la ada abang macam ni…

Baru-baru ini, tular satu video menarik yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama @farisaaramle. Rakaman tersebut dimuat naik mengenai gelagat Fauzan Ramle semasa mematuhi perintah untuk duduk di rumah. Dia juga berseloroh mengatakan dirinya lelah kerana memiliki abang yang sentiasa menghiburkan dan kerap membuat aksi-aksi pelik.


[VIDEO] “Penat Ada Abang Macam Ni..” – Aksi Lelaki Dinosaur Buat Ramai Terhibur

[VIDEO] “Penat Ada Abang Macam Ni..” – Aksi Lelaki Dinosaur Buat Ramai Terhibur

Sampai kucing pun lari

Menerusi rakaman berdurasi 12 saat itu, Farisa memanggil abangnya yang sedang mengambil sesuatu di dapur dengan berpakaian kostum dinosour. Ketika menyedari bahawa adiknya senang membuat rakaman, dia terkejut dan mula bertindak seakan-akan ingin mengejar. Lebih melucukan, kucing yang sedang berjalan menghampirinya itu terkejut dan berlari lintang-pukang. Siapa sangka, rakaman pendek Fauzan memakai kostum dinosour tersebut telah mendapat lebih 48 ribu Retweets dalam masa kurang 24 jam. 


Ingat tak lelaki eskalator

Sebenarnya sebelum ini, lelaki tersebut pernah menjadi viral gara-gara aksinya yang kelihatan seperti menuruni tangga bergerak di pejabat. Siapa sangka aksinya berpakaian t-rex pada kali ini sekali lagi menarik perhatian netizen. 

Sumber: Twitter farisaaramle, WhyFarouk


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “Penat Ada Abang Macam Ni..” – Aksi Lelaki Dinosaur Buat Ramai Terhibur

Sharing is caring!