Viral

[VIDEO] Isteri Terkilan Jumpa Mesej Suami & Kawan Sekolah Lama, Penat Jadi Taat

[VIDEO] Isteri Terkilan Jumpa Mesej Suami & Kawan Sekolah Lama, Penat Jadi Taat

Sharing is caring!

Apabila berkahwin, taat seorang isteri yang sebelum ini hanya diabadikan kepada ibu ayah akan beralih pula kepada suami tercinta. Namun begitu, kesetiaan yang diberikan kadangkala dibalas dengan hal bukan-bukan termasuklah melibatkan kewujudan ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga. Bagaikan tidak cukup dengan satu perempuan, mungkin begitulah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan kisah viral di bawah.


BACA : Majlis Gender Reveal Jadi Huru-Hara, Suami Kantoikan Isteri Kandung Anak Rakan

Pagi ni aku jumpa chat suami dekat telegram dengan wanita lain

Melalui sebuah rakaman, si isteri meluahkan sedih selepas menjumpai mesej suaminya bersama dengan wanita lain menerusi aplikasi Telegram. Cuba untuk mendapatkan kepastian apakah hubungan sebenar yang terjalin di antara mereka berdua, namun lelaki berkenaan menegaskan itu cumalah kawan sekolah lamanya sahaja. Atas dasar curiga, pemilik akaun TikTok ini sempat menyimpan nombor wanita berkenaan sebelum akhirnya dipadam terus oleh suaminya. Bahkan dia terus dipujuk untuk tidak lagi meneruskan pertanyaan tersebut. Rasa terkilan juga sangat dirasai memandangkan dia sudah sedaya upaya menjadi isteri terbaik buat suaminya sepanjang perkahwinan.


[VIDEO] Isteri Terkilan Jumpa Mesej Suami & Kawan Sekolah Lama, Penat Jadi Taat

@egiteee

♬ mungkin hari ini esok atau nanti – anneth

Kalau takde apa-apa, takkanlah suami delete nombor perempuan tu?

Suaminya juga mengatakan hanya mahu mengadu masalah kerana ketika itu sedang mempunyai konflik dengan isterinya sendiri. Cuba untuk membina kembali keharmonian dalam perkahwinan, dia nekad untuk mempercayai semua penjelasan daripada si suami. Meskipun ramai beranggapan lelaki berkenaan sudah terang-terangan menjalinkan hubungan secara senyap-senyap, namun @egitee enggan mengambil pusing dan mengeruhkan lagi keadaan.


[VIDEO] Isteri Terkilan Jumpa Mesej Suami & Kawan Sekolah Lama, Penat Jadi Taat

@egiteee

Balas @alqirana.rp

♬ original sound – Egittt – Egittt

Sumber : TikTok egitee

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes