[VIDEO] Pengantin Bisu Selamat Ijab kabul Dengan Sekali Lafaz, Cetus Rasa Sebak

Seperti yang kita sedia maklum, salah satu rukun nikah dalam Islam adalah ijab dan kabul. Ia merupakan ucapan yang dilafazkan oleh wali pengantin perempuan (bapa kandung atau saudara lelaki) dan pengantin lelaki ketika akad nikah. Jika perkahwinan dijalankan tanpa ijab dan kabul, maka perkahwinan itu akan dianggap sebagai tidak sah. Namun, pernahkah terlintas di fikiran anda bagaimana orang kelainan upaya (OKU) terutamanya yang mempunyai masalah percakapan dan pendengaran melakukan rukun nikah itu?

BACA: [VIDEO] “Semua Dakap Ayah Kau” – Detik Sebak Datang Kebumi Anak Di Bumi Maghribi

Lafaz akad nikah menggunakan bahasa isyarat

Video viral yang dikongsikan pengguna Twitter dikenali sebagai Erin itu telah meraih lebih dari 34 ribu tanda suka setakat ini. Perkongsian saat-saat diijab kabulkan itu kelihatan sungguh indah apabila pengantin lelaki yang mempunyai masalah percakapan dan pendengaran itu hanya menggunakan bahasa isyarat untuk melafazkan ucapan akad nikah.

Advertisement

Advertisement

Cikgu sekolah jadi penterjemah

Gadis itu turut berkongsi di laman Twitternya bahawa penterjemah yang bersama-sama ketika ijab kabul tersebut merupakan cikgu sekolah lelaki itu dulu. Dengan bantuan wanita tersebut, pengantin yang dikenali sebagai Faiz dan Fara itu sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

Kenal isteri sejak di bangku sekolah

Menurut Erin, Faiz sudah mengenali isterinya, Fara sejak dibangku sekolah lagi dan pengantin perempuan itu juga mempunyai masalah yang sama sepertinya. Pengguna Twitter ini juga berkongsi sekeping gambar kedua-dua mempelai yang kelihatan sungguh cantik dan sama padan dengan satu sama lain.

Kenapa aku pulak yang nangis ni..

Perkongsian video tersebut telah mengundang rasa sebak di kalangan netizen. Ada juga yang terpegun dengan kelancaran pengantin lelaki itu menggunakan bahasa isyarat. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pengantin itu dan mendoakan agar perkahwinan Faiz dan Fara kekal hingga ke Jannah.

Advertisement

Sumber: Twitter eriinkahar

Advertisement

Apa Komen Anda?