[VIDEO] Pengantin Lelaki Nervous Punya Pasal, Mas Kahwin RM200 Jadi RM2 Je!

Apabila ditanyakan soalan tentang apakah moment yang paling menggentarkan dalam hidup kepada golongan lelaki, pasti ramai yang menjawab sewaktu berkhatan dan juga duduk sewaktu meIafazkan akad nikah di hadapan tok kadi dan seisi keluarga kedua-dua mempelai. Situasi yang mencemaskan itu pastinya membuat jantung seseorang berdegup kencang dan melakukan perkara yang tak terkawal seperti yang dilalui oleh sepasang pengantin baru-baru ini.

BACA: “Tolong Diam Masa Makeup!” – MUA Ini Ada Teguran Khas Buat Bakal Pengantin

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh wanita bernama Nora Abd Kader ini di laman FB miliknya, dia berkongsi saat yang pastinya akan diingati sampai bila-bila apabila suaminya, Mohd Haris Mahat tersasul semasa terima akad nikah.

Ada orang tu gugup punya pasal…mas kahwin RM200.00 terus jadi RM2.00!

“Masa tu juga saya marah dia…kahwin pun nak main-main”

Menerusi pendedahan oleh Nora di portal Sinar Harian pula, dia juga sempat memarahi bakal suaminya ketika itu secara spontan. Namun mengambil kira ibu Haris yang tidak hadir kerana masalah kesihatan, Nora meluahkan rasa syukur kerana akhirnya mereka selamat diijabkabulkan menerusi percubaan kali kedua. Akad nikah tersebut telah berlangsung pada 21 Jun lalu di Surau Al Hijrah Bandar Sunggala, Port Dickson.

Sumber: FB Ungu Violet & Sinar Harian

Apa Komen Anda?